PENDEDAHAN RAFIZI : BMW 7 Series Berjota Kerajaan Persekutuan


Pagi ini, sedikit kecoh berkenaan gambar kereta mewah BMW 7 Series yang memiliki jota kerajaan persekutuan. Rafizi Ramli, selaku Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Pandan melaporkan yang Kerajaan Persekutuan membeli kereta mewah BMW 7-Series.

Maklumat ini diadukan oleh orang awam kepada beliau dengan disertakan gambar.

Rentetan peristiwa adalah seperti berikut :

1) Pukul 7:24 pagi seorang anak muda hantar gambar dari BMW Bandar Puteri Puchong mengadu kenapa ada BMW berjata negara.

2) Sekitar pukul 10:40 pagi seorang lagi sahabat anti-rasuah yang berkejar ke BMW Bandar Puteri mengambil gambar dari dekat dan mengesahkan kereta-kereta ini memang betul-betul wujud.

bmw1
Perkara ini sekaligus mencetuskan kemarahan rakyat yang rata ratanya masih terkesan dengan perlaksanaan percukaian baru GST serta pengumuman Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa yang mengatakan kereta PROTON setaraf dengan kereta BMW

Datuk Seri Mustapa Mohamed yang merupakan Menteri di Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa menjawab soalan MP Batu Gajah V Sivakumar.

“Pengeluaran model-model kereta Proton terbaharu mempamerkan kemajuan teknologi, mutu dan prestasi setanding dengan kereta-kereta yang diimport.

“Penarafan ini membuatkan model-model kereta Proton adalah setaraf dengan model-model yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar terkemuka seperti BMW, Volvo, Toyota dan Honda,”

bmw2

KEMASKINI: BMW 7 SERIES SEBENARNYA BUKAN MILIK KERAJAAN, TETAPI DITAJA OLEH PIHAK BMW MALAYSIA UNTUK PERSIDANGAN ASEAN DI KUALA LUMPUR NANTI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat