Nasihat Untuk Ayah Dan Ibu Yang Sedang Susu-badankan Anaknya
Sebagai seorang suami dan bapa (kononnya busy bekerja) yang tidak merasa lemah letih sakit mengandungkan sendiri anak saya selama 9 bulan, dan tidak melahirkan sendiri dalam kesakitan teramat anak saya semasa proses kelahiran – melihat sendiri usaha-usaha isteri saya dalam proses mengandungkan, melahirkan, dan membesarkan anak saya didepan mata saya sendiri. Saya betul-betul hormati kepada ibu-ibu kuat seperti isteri saya ini. Ini merupakan satu tugasan yang amat berat (ramai kaum lelaki pasti tidak mampu untuk tempuhi). Bak kata orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
Seawal kelahiran anak pertama saya Ammara, isteri saya begitu resah sebab susu badan tak cukup untuk anak saya minum. Macam-macam dia paksa diri dia untuk telan. Setiap hari dia google mencari rahsia macamana nak perbanyakkan susu ibu. Rebus itu ini, telan ubat itu ini, makan kurma, makan susu, minum horlick, minum milo. Semua yang dulu dia tak pernah suka, kini terpaksa telan demi seorang anak.
Beli power-pumping dan selang 3 jam kena pump untuk dapatkan susu untuk anak saya. Isteri saya tak pernah kesah dekat mana, siang atau malam. Tengah bekerja pum masih pump, kita sedang tidur pukul 2-3 pagi kita lihat dekat sebelah pun dia masih pump. Kadang malam terkejut tengok dekat sebelah dia tengah pump untuk dapatkan susu. Tambahan Ammara taknak minum dalam botol susu, so terpaksalah tuangkan susu yang telah di pump tersebut ke dalam cawan dan gunakan sudu untuk suapkan Ammara susu tersebut.
Bila tiba waktu malam, selang beberapa jam, anak mesti merengek nakkan susu. Paling kuat pun, saya hanya boleh angkat anak sambil pejam mata dan letakkan pada ibunya. Selebihnya, saya pun tak sedar dah apa jadi. Ini bermakna, si ibu hanya akan tidur-tidur ayam selama tempoh menyusu badankan anak saya Ammara. Lebih kurang DUA TAHUN proses ini berlaku. Lihatlah gigihnya seorang ibu.
Selepas saya lihat apa yang terjadi kepada isteri saya ini, dan saya percaya ini juga terjadi kepada kebanyakkan ibu-ibu di luar sana. Saya berazam kepada diri saya sendiri untuk bagi “discount” kepada isteri saya. Kalau dia tak sempat dan tak larat nak masak hari itu takpe lah saya pandai-pandailah masakkan untuk dia atau beli makanan di luar. Kalau rumah tak berapa kemas, baju tak sempat gosok, takpe lah saya pandai-pandailah kemas rumah dan gosok banju sendiri. Lama-lama saya pun makin pandai memasak, kemas rumah dan uruskan baju-baju sendiri. Bagilah hadiah handbag ke atau apa yang isteri suka sempena pejuangan dia melahirkan dan membesarkan anak.
Cukuplah saya melihat anak saya Ammara membesar dengan sihat, ceria, cergas dan cerdas hasil daripada titisan susu ibu sepenuhnya sudah cukup membahagiakan bagi saya. Begitu tinggi nilai perngorbanan seorang isteri. Hanya Allah mampu balas. Terima kasih isteriku. (sebak pulak masa menulis ini bila ingatkan balik)