Sekumpulan Yahudi & Kristian Rancang Untuk Ambil Alih Malaysia? – Tan Sri Muhyiddin


Seperti yang kita ketahui dan lihat, Malaysia merupakan negara yang memiliki berbilang bangsa, kaum dan agama. Walaupun diberi gelaran sebagai tanah air Melayu, namun rakyatnya terdiri daripada mereka yang berbangsa Cina dan India juga.

Walaupun begitu, sejak Merdeka pada tahun 1957 sehingga kepada hari ini, tiada lagi pergaduhan besar yang melibatkan agama dan bangsa. Betapa harmoninya rakyat Malaysia, betapa hebatnya Perdana Menteri yang memerintah.

Sekumpulan Yahudi & Kristian Rancang Untuk Ambil Alih Malaysia? – Tan Sri Muhyiddin

Namun sejak kebelakangan ini, saat hampir menjelang Pilihan Raya Umum ini, pelbagai desas desus yang didengari melibatkan agama Islam.

Risau? Pastinya, lebih-lebih lagi bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengaitkan perihal sekumpulan Yahudi dan Kristian yang cuba mengambil alih Malaysia. Hal tersebut diucapkan oleh beliau ketika memberi ceramah Mega PN Best di Parit Jawa, Johor pada Rabu yang lepas.

Menurut Tan Sri Muhyiddin menerusi laporan Malaysia Kini, ada sekumpulan Yahudi dan Kristian yang pada ketika ini sedang merancang untuk mengambil alih Malaysia. Beliau menyifatkan hal tersebut bahaya memandangkan puak-puak tersebut memiliki agenda tersendiri.

“Bagi saya ini bahaya. Apakah bermakna akan berlaku proses Kristianasasi? Kita dah dengar cerita ini bukan? Di Kuala Lumpur dan di Petaling Jaya, kalau ada gereja hari Ahad, ada juga orang-orang Melayu pergi sana. Rupanya dah masuk Kristian.”

“Itu saya tak fikir berkembang dengan pesat sebab sebahagian besar kita adalah orang Islam. Tetapi agenda puak-puak dan kaum-kaum seperti ini adalah niat mereka adalah untuk mengambil alih Malaysia satu daripada koloni dia.”

malaysia

Beliau turut menyatakan, mungkin pada ketika ini rakyat Malaysia khususnya mereka yang beragama Islam tidak dapat melihatnya, namun jika tidak berjaga-jaga hal tersebut bakal kelihatan tidak lama lagi.

“ Itu adalah strategi jangka waktu panjang. Mungkin kita tidak lihat ini pada waktu ini tetapi mungkin tidak berapa lama lagi kalau kita tidak berhati-hati dan berjaga-jaga,”

Setiausaha Agung CCM Menyangkal Dakwaan Tersebut

Walaubagaimanapun, Jonathan Jesudas, Setiausaha Agung Majlis Gereja Gereja Malaysia (CCM) mendakwa, kenyataan yang diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin adalah tidak benar dan menganggap ianya satu ucapan yang tidak bertanggungjawab.

“Kenyataan ini bukan sahaja tidak benar tetapi tidak bertanggungjawab oleh seorang ahli politik sepertinya untuk membuat kenyataan sedemikian kepada orang ramai dan ditonton secara meluas di media sosial.

“Kita hidup dalam negara berbilang agama dan kaum dan sensitiviti setiap masyarakat perlu diambil kira ketika berucap di forum awam. Kenyataan sedemikian, yang dilafazkan secara sembarangan, mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan ketegangan dan persengketaan kaum dan agama.”

Walau apapun, Semoga Islam tetap menjadi agama nombor 1 di Malaysia ini. Semoga tiada pergaduhan ataupun perbalahan berlaku yang melibatkan parti, bangsa dan agama. Semoga juga tiada agama lain yang mengambil alih Malaysia.

Berabad lamanya, tanah air kita yakni Melayu dinaungi dan ditadbir oleh agama Islam, jadi tetap kekalkan agama Islam sebagai agama nombor satu di Malaysia!

Sumber: Malaysia Kini & TikTok PHan fiz

Baca juga: Hari Pertama Dijaga Pengasuh, Bayi 3 Bulan Pergi Selamanya. Ibu Terpaksa Berlakon Kuat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat