Hati-hati Dengan Sakit Kepala Yang Berterusan
Sakit kepala adalah rasa sakit di sekitar kepala. Sebahagian besar sakit kepala yang terjadi tidaklah serius dan boleh diatasi dengan mudah, seperti dengan memakan ubat tahan sakit seperti penadol, minum air kosong yang cukup, dan lebih banyak berehat. Tapi ada beberapa jenis sakit kepala yang memerlukan perhatian yang lebih kerana berkelanjutan yang jika tidak di rawat boleh membahayakan kesihatan.
Dr Zubaidi Hj Ahmad telah berkongsi kisah beliau yang mempunyai rakan yang mengalami sakit kepala yang berterusan. Semoga perkongsian beliau dapat memberi manfaat kepada semua.
Seorang rakan saya bernama Ibrahim, sering mengalami sakit kepala. Dia mula mengalami sakit kepala yang ringan beberapa hari. Dia memang pesakit migraine.
Satu pagi dia terjaga dengan pening, sakit kepala dan sakit di bahagian mata.
Dia menyangka bahawa dia sedang mengalami migraine. Dia cuba tidur kembali tetapi gagal. Akhirnya terpaksa ke dapur dan menelan dua biji panadol dan kembali ke bilik tidur.
Selepas sejam dia terbangun kerana sakit kepalanya datang semula. Sangat kuat sehingga dia merasa ada orang sedang mengetuk kepalanya dengan tukul.
Dia cuba bangkit dari katil untuk mengambil 2 biji panadol lagi. namun dia tidak dapat menggerakkan tangan kanannya. Tangankanannya terasa kebas sehingga ke bahu dan tidak boleh dialihkan.
Dia cuba memanggil isterinya yang berada di sebelah, namun dia agak pelat. Rupanya separuh wajahnya di sebelah kanan telah menjadi senget. Dia juga tidak dapat menggerakkan otot-otot lidah dan bibir.
Dia bernasib baik kerana isterinya boleh menghantarnya ke hospital dan didiagnosa sebagai stroke.
Cerita Ibrahim ini menunjukkan bahawa kadang-kala sakit kepala lebih daripada hanya sakit kepala. Ramai yang menganggap sakit kepala mereka disebabkan migraine yang selalunya menyerang.
Tetapi sakit kepala boleh menjadi tanda awal bagi stroke.
Jadi berhati-hatilah dengan sakit kepala yang berlanjutan.
Netizen juga telah berkongsi kisah sakit kepala mereka di posting tersebut.
Antara tips untuk mengelakkan sakit kepala yang di kongsi bersama.
Semoga perkongsian ini dapat mengelakkan sakit kepala yang anda hadapi merebak dan menjadi penyakit yang lebih serius. Di nasihatkan anda rujuk doktor anda secepat mungkin untuk mendapatkan nasihat dan pandangan dari yang lebih pakar.