Peserta Lumba Drag Pergi Selamanya, Penganjur Tangguh Perlawanan 


Sakit tak mengenal sesiapa, mati tak mengenal usia. Ada yang dijemput Ilahi sewaktu masih kecil dan ada juga yang dijemput Ilahi ketika dewasa. Bab mati ini, bukan sahaja golongan tua. Malah ramai sahaja hari ini masih kuat berdiri dan berjalan serta beramal walaupun sudah berusia.

Sejujurnya, masih ramai yang belum bersedia untuk beralih tempat dan rumah. Tidak tahu apa amalan yang ingin dibawa dan dipertontonkan kepada tuhan semesta alam. Tidak tahu apakah balasan yang diterima di sana.

Oleh sebab itu, kita disarankan untuk sentiasa melakukan kebaikan, meninggalkan larangan dan menunaikan segala suruhan Allah SWT. Hendak bergembira di dunia ini tiada masalah namun bersederhana lah kerana mati tidak mengenal usia.

Bahkan mereka yang ramai meninggal dunia adalah mangsa kemalangan jalan raya. Tidak kira sama ada menaiki motosikal, kereta ataupun lori.

 Peserta Lumba Drag Pergi Selamanya, Penganjur Tangguh Perlawanan

Malah semalam, 15 Oktober 2022, Malaysia digemparkan dengan kemalangan nahas yang membabitkan peserta lumba drag atau Battle of The King (BOTK) 2022 yang berlangsung di Stadium Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Mangsa nahas yang dikenali dengan nama Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta putih yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pokok di tepi litar.

Muhamad Hafez yang parah di bahagian kepala dan anggota badan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Walaubagaimanapun, sebaik sahaja tiba di hospital, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Pihak penganjur menangguhkan ke suatu tarikh yang lain

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.35 pagi itu cukup mengejutkan orang ramai. Perlumbaan tersebut dihentikan serta merta dan pihak penganjur menangguhkan ke suatu tarikh yang lain. Hal tersebut adalah bagi menghormati mangsa dan keluarga. Pihak penganjur BOTK 22 juga turut mengucapkan tahniah kepada keluarga mangsa.

peserta lumba drag

“MUSC mengucapkan salam takziah kepada Apeh Jamal dan keluarga. Sebagai penghormatan, pihak pengurusan, semua rakan program dan pasukan drag, mengambil keputusan untuk menangguhkan acara BOTK 2022 ini ke suatu tarikh lain yg akan ditentukan kelak.”

Ajal maut tidak siapa tahu kan? Jangan salahkan perlumbaan dan pihak penganjur kerana menganjurkan pertandingan seperti ini. Namun ini sudah menjadi asbab. Kalau Allah sudah menetapkan segalanya, pasti akan berlaku juga tidak kira di mana dan bagaimana.

Sejauh mana kita berlari sekalipun, andai kata Allah sudah menetapkan tarikhnya, bila dan di mana pasti akan berlaku jua. Dalam keadaan duduk atau berdiri, dalam keadaan membawa kenderaan laju atau perlahan, dalam pertandingan ataupun bukan.

Didoakan semoga arwah Apeh Jamal diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Salam takziah buat keluarga masa. Semoga keluarga mangsa diberikan ketabahan dan kekuatan.

Sumber: Harian Metro 

Baca juga: “Ke Bulan Tu..” Pasangan Suami Isteri Selamba Hisap Gam Dalam Kereta Depan Anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat