Malaysia Bakal Dilanda Banjir Besar? Ini Tips Persediaan Menghadapi Banjir, Pastikan..
Seperti yang kita ketahui, saban tahun, negeri-negeri yang berada di Malaysia akan dilanda banjir. Lebih-lebih lagi di kawasan Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Setiap tahun bermula November hingga Mac pasti akan ada daerah-daerah yang terjejas teruk akibat banjir.
Malah terbaharu, heboh di media sosial apabila pihak Met Malaysia telah mengeluarkan amaran cuaca extreme dan banjir besar menjelang November 2022 ini. Tidak kurang juga tentang khabar angin yang mengatakan empangan Tasik Kenyar bakal pecah turut mendebarkan rakyat Malaysia.
Namun sekiranya ramalan tersebut benar-benar terjadi, apakah persediaan anda? Apakah barangan atau peralatan yang perlu dibawa sekiranya ramalan tersebut benar-benar terjadi. Jadi jom ikuti tips persediaan menghadapi banjir di bawah ini.
Malaysia Bakal Dilanda Banjir Besar? Ini Tips Persediaan Menghadapi Banjir, Pastikan..
Antara cadangan barangan yang perlu disediakan sebagai persediaan menghadapi banjir adalah yang pertama, pakaian, kasut dan selimut. Yang kedua, wisel dan juga wang tunai. Yang keempat, lampu suluh dan bateri. Yang kelima, makanan yang boleh tahan lama.
Seterusnya, radio mini mudah alih bateri, kit kecemasan, ubat-ubatan dan juga peralatan kebersihan diri. Jangan dilupa juga, air bersih, telefon serta powerbank dan juga dokumen penting seperti sijil kelahiran, kad pengenalan serta dokumen lain yang penting.
Berkait dengan wang tunai, pastikan wang tunai yang dibawa bukan dalam jumlah yang besar kesemuanya. Pastikan ada juga wang dengan jumlah yang kecil bagi memudahkan urusan. Ingat, masukkan wang tersebut ke dalam plastik kedap udara bagi mengelakkan wang tersebut rosak. Begitu juga dengan lain-lain peralatan yang pantang terkena air. Pastikan setiap rumah dan keluarga mempunyai 1 beg kecemasan (BOB). BOB ini mengandungi barang-barangan keperluan untuk bertahan selama 72 jam ketika menghadapi krisis bencana sebelum banjir. Walaupun hanya selama 72 jam sekurang-kurangnya kita ada barang keperluan sebelum pihak berwajib datang menyelamatkan.
Manakala bagi memudahkan beg kecemasan tersebut dicapai adalah lebih baik jika beg berkenaan diletakkan ditempat yang mudah dicapai. Pastikan barangan penting sudah sedia ada di dalam Beg Kecemasan bagi memudahkan urusan apabila bencana berlaku ataupun menimpa dengan tiba-tiba. Dalam masa yang sama, dengar arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib. Jangan pentingkan diri sendiri dan jangan terlampau sayang untuk tinggalkan tempat kediaman anda. Jika pihak berwajib memberi arahan untuk keluar dari tempat kediaman secepat mungkin, bertindaklah dengan segera.
Selain persediaan fizikal, mental juga perlu dipersiapkan. Kuatkan semangat dan jangan mudah jatuh. Walaupun berat, tetaplah kuat dan bertahan sekuat mungkin. Banyak berdoa, InshaAllah pasti akan datang pertolongan Allah terhadap hambanya yang berdoa.
Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu memudahkan urusan kalian di luar sana. Semoga juga Allah lindungi Malaysia dari bencana yang teruk dan besar. Amin!
Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia
Baca juga: “Bukan Menakutkan Tapi Berjagalah..” Empangan Tasik Kenyir Bakal Pecah?