KL Photographer Jadikan Detik Anda Lebih Dramatik
Kelihatan seperti pesawat bersaiz kecil tetapi gajet canggih yang menggunakan alat kawalan jauh ini adalah drone. Gajet ini sejenis permainan, kemudian ia melalui beberapa evolusi yang kini dilengkapi kamera. Kemudahan ini memberikan satu dimensi baharu kepada seni fotografi untuk merakam gambar dan video pada sudut yang lebih berbeza dan versatil.
Kesan daripada rakaman menggunakan drone memberikan gambaran imej secara menyeluruh dan mampu merakam senario persekitaran yang mempunyai nilai fotografi. Kehebatan gambar mampu dirakam pada sudut tinggi dan rendah serta boleh dikawal, sekaligus mendapat permintaan tinggi untuk majlis perkahwinan.
Permintaan tinggi
Pengusaha KL Photographer, Chong Wei Tatt, 49, berkata beliau memulakan perkhidmatan menggunakan drone kerana minatnya terhadapa gajet terbabit. Katanya, pada awal kemunculan drone iaitu kira-kira lima tahun, ianya hanya sekadar hobi dan bukan mudah untuk menguasai kaedah penggunaannya.
“Drone kemudian melalui evolusi dengan peningkatan taraf penggunaaanya selepas dilengkapi dengan kamera. Selepas enam tahun berada dlam bidang fotografi, saya lihat ini bidang untuk mengembangkan kreativiti merakam gambar dan video dengan lebih baik.”
“Permintaaan untuk majlis perkahwinan India, Melayu dan Cina cukup menggalakan. Kewujudan drone ini membuat mereka lebih teruja untuk merakam detik indah,” katanya.
Wei Tatt berkata, kesan penggambaran menggunakan gajet itu memberikan gambar lebih dramatik dan cantik.
“Sebuah penceritaan mampu dipaparkan dengan lebih jelas dari sudut dengan imej berkualiti tinggi. Rakaman gambar dan video sangat penting bagi memastikan memori itu ekakl segar dalam ingatan,” katanya.
Sesuai di tempat lapang
Kebiasaannya, pada majlis kahwin dua drone akan digunakan, satu drone akan dikawal oleh dua orang iaitu yang melancarkan gajet terbabit dan seorang lagi memastikannya dalam keadaaan selamat.
“dalam mengendalikan drone pada tempat yang dipenuhi orang ramai, faktor utama yang perlu diambil kira adalah keselamatan. Ia akan diterbangkan pada ketinggian 20 hinga 30 meter bagi merakam sinematik maljis seperti suasana, pergerakan pokok ditup angin, pergeran kereta, hantaran dan pelbagai elemen perkahwinan.”
“Sebenarnya, drone tidak digalakkan untuk diterbangkan dalam majli yang dipenuhi ramai orang. Ia selamat, namun barang berkaitan mekanikal kadang kala akan berlaku kerosakkan yang tidak dijangka secara tiba-tiba. Jadi kita akan menasihatkkan pengantin untuk mengambil video praperkahwinan di kawasan lapang atau tempat yang lebih sesuai,” katanya.
Salah satu hasil kerja KL Photographer