Gigi Patah Sebab Covid-19 ? Ramai Pula Netizen Tampil Kongsi Kesan Sampingan Sama Semasa Positif


Seperti yang kita tahu, kesan sampingan bagi wabak Covid-19 adalah berbeza pada pesakit. Segelintir pesakit juga terdedah kepada kesan sampingan yang berpanjangan selama beberapa minggu ini.

Keadaan yang dikenali sebagai Long Covid ini berlaku apabila pesakit mengalami gejala yang berlarutan seperti sesak nafas, sakit dada dan batuk walaupun sudah sembuh.

Namun, video yang tular baru-baru ini mendapat perhatian netizen apabila seorang gadis mendakwa gigi patah selepas dijangkiti Covid-19.

Akui berasa malu dengan kejadian ini, gigi hadapan wanita tersebut didapati patah pada hari terakhir berkuarantin.

masalah gigi patah ketika positif tular

Kredit : Tiktok piszesbaby

Seorang lagi pengguna media sosial turut tampil berkongsi pengalaman yang sama ketika disahkan positif Covid-19.

Menerusi video hantaran @piszesbaby, pada mulanya dia menyangka giginya patah akibat makan coklat kurang pasti puncanya.

Video tersebut  ternyata berjaya menarik perhatian netizen sehingga meraih 1.4 juta tontonan dan 116,000 tanda suka.

Untuk lihat video penuh, sila ke link ini : Gigi Patah Sebab Covid-19 ? 

“Mak saya pun masa +ve tengah tidur gigi patah tertelan”

Lebih mengejutkan lagi, ramai pula netizen yang positif Covid-19 mendakwa turut alami kesan sampingan yang sama.

Menerusi tinjauan komen di sosial media, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sakit gigi ketika positif Covid-19.

Tak kurang juga ramai warganet yang sedang positif turut risau apabila mengetahui kemungkinan untuk rongak !

Apa pandangan anda mengenai perkongsian ini ? Adakah anda atau ahli keluarga turut alami gigi patah atau sakit gigi ketika positif Covid-19 ?

Meskipun ramai yang tampil berkongsi pengalaman yang sama, gigi patah boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Jadi anda perlulah amalkan penjagaan gigi yang agar sentiasa sihat.

Apapun semoga warganet yang sedang positif diberikan kesembuhan segera dan dielakkan dari kesan sampingan yang teruk atau gigi patah !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat