Cuckoo Berkembang di Seluruh Dunia
Cuckoo jenama barangan rumah terunggul di Korea Selatan dengan pengkhususan terhadap penapis air, penapis udara serta periuk multi-fungsi tekanan tinggi.
Kewujudan jenama itu bagi memenuhi standard dan keinginan pengguna yang ingin meningkatkan taraf kehidupan dalam penggunaan barangan rumah, sekali gus meningkatkan standard jutaan keluarga seluruh dunia.
Di Korea Selatan, setiap unit periuk multi-fungsi tekanan tinggi ini terjual setiap 10 saat dan penapis air Cuckoo terjual setiap 1 minit.
Sejarah penubuhan Cuckoo bermula sejak 1978 oleh Koo Jia Shin, menerusi syarikat Cuckoo Electronics atau lebih dikenali sebagai Sungkwang Electronics Co LTD.
Pada 1998, jenama Cuckoo dilancarkan dan berkembang perlahan-lahan pada tahun seterusnya.
Koo Bon Hak (Brian) dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat pada 2006.
Dengan perkembangan yang baik, jenama itu menerusi Cuckoo International (MAL) melaksanakan kerjasama pertama kalinya dengan syarikat luar yang diasaskan KC Hoe.
Jenama itu kini, berkembang ke seluruh dunia dan telah bertapak di lebih 30 negara merentasi lima benua.
Pada 2015, jualan Cuckoo di seluruh dunia mencapai lebih daripada AS$500 juta.
Cuckoo berjaya mengukuhkan jenamanya di Malaysia pada Oktober 2014, melalui rakan niaganya, Cuckoo International (MAL) Sdn Bhd.
Dalam jangka masa dua tahun, Cuckoo memperkenalkan penapis air dengan skim sewaan, periuk multi-fungsi tekanan tinggi serta penapis udara Cuckoo ke pasaran tempatan.
Semenjak itu, Cuckoo menjadi saingan hebat dengan jenama penapis air sedia ada di negara ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya.
Menjelang Ogos 2016, Cuckoo International (MAL) Sdn Bhd mencapai peningkatan jualan 600 peratus dalam masa setahun.
Syarikat itu juga membuka kedai yang ke-100 secara rasmi pada November 2016.
Cuckoo International kini memberikan komitmen penuh untuk membuka 150 lagi kedai di Malaysia, seiring sasaran Cuckoo International dominasi pasaran global.