6 Kuasa Luar Biasa yang Terdapat Pada Seorang Isteri, Tidak Ada Pada Suami


Apabila sebut tentang kehebatan dan kekuatan ini, majoritinya adalah milik lelaki. Namun tahukah anda wanita juga merupakan insan yang hebat? Anda tidak percaya? Cuba lihat isteri anda apa sahaja kerja yang dilakukannya seharian. Bagaimana mereka boleh melakukan semua kerja itu jika mereka tidak empunyai kuasa luar biasa.

Jika ada isteri yang bekerja. Cuba perhatikan mereka. Apa yang mereka lakukan setelah pulang dari kerja dan semua pergerakannya. Sungguh luar biasakan. Seorang isteri boleh melengkapi semua keperuan suami dan anak2 dengan sekelip mata sahaja.

Oleh itu, mereka merupakan insan yang lebih hebat daripada anda. Mereka cemerlang dengan kehebatan yang luar biasa. Masih ragu2 dan tertanya-taya tentang kehebatan mereka. Di sini saya senaraikan beberapa pendapat tentang kehebatan seorang isteri yang sungguh luar biasa.

kuasa luar biasa isteri

Berikut merupakan kehebatan mereka:

1. Kerja MultiTasking

Perhatikan isteri anda, mereka boleh melakukan kerja kerja yang banyak dalam satu masa. Mereka boleh membasuh baju sambil memasak. Isteri anda juga boleh menyediakan makanan sambil menjaga anak dan membuat perkara2 lain dalam satu masa seperti mereka memiliki 10 tangan.

2.Daya Ingatan yang tinggi

Seorang isteri memiliki daya ingatan yang tinggi. Mereka dapat mengingati semua peristiwa yang berlaku dalam hidup mereka walaupun sekecil zarah. So, para suami hati2 jangan buat silap nanti sampai tua isteri ingat.

3.Tahan sakit bersalin

Lumrah bagi seorang wanita yang bergelar isteri perlu menghadapi benda ini. Mereka tidak penah merungut, mereka sentiasa steady dan cool walaupun sakitnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu tetapi bagi mereka itu adalah sakit menerima anugerah yang tak dapat diganti dengan apa apa pun.

4.Mempunyai deria yang keenam

Seorang isteri mempunyai deria rasa yang keenam. Kadang2 mereka boleh mengetahui perkara2 yang disembunyikan oleh suami dan anak2. Mereka juga cepat menangkap apa yang ingin kita katakan atau inginkan. Kadang2 mereka lebih mengenali suami mereka dari diri suaminya sendiri

5.Tahu dimana kedudukan barang

Walaupun kita orang yang terakhir menggunakan barang itu, namun si isteri lebih mengetahui mana letakknya barang2 kita apabila hilang atau misplace. Isteri bertindak sebagai scanner yang boleh menscan semua tempat dengan kadar segera semasa kita mencari barang yang kita kehendaki namun tidak dijumpai.

6.Dia adalah segalanya

Tanpa seorang isteri, mungkin tidak sempurna kehidupan sebuah keluarga itu.Kerana dia la luka dan dia la penawar. Segalanya bermula dengan dia dan berakhir dengannya.

Maka, kita sebagai seorang suami dan anak hargailah seorang wanita yang bergelar isteri ini kerana telah banyak pengorbanan yang telah diberikan oleh mereka. Kadang-kadang segala pengorbanan itu tidak terlihat dek mata kasar. Rasa hati mereka tiada siapa yang tahu kecuali Allah SWT.

Penatnya mereka hanya mereka yang tahu dan itu tidak pernah diluahkan atau ditunjukkan kepada kita kerana mereka adalah insan yang hebat dalam memikul tanggungjawab mereka selama mana mereka bergelar seorang isteri. Oleh itu, hormatilah mereka dan tolong mereka jika kita mempunyai masa. Sayangi mereka dengan seikhlasnya kerana mereka yang terbaik dalam mengenali kita.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat