Muka Tak Sama Dengan Pasport? Tiga Wanita Terkandas Di Airport

Sumber Rujukan : World Of Buzz

Korea Selatan adalah tempat yang glamour untuk pembedahan plastik, tengok sajalah artis-artis K-Pop mereka. Dengan adanya K-Wave pada masa sekarang, memang tak dinafikan lagi orang akan berebut rebut ke Korea Selatan untuk menjalani pembedahan plastik.

Semua jenis pembedahan memerlukan masa untuk pulih semula, sama juga dengan pembedahan plastik, tapi bukan kepada segelintir pelancong dari China ini.

Dipetik dari sebuah akhbar Cina, sekeping gambar tiga perempuan daripada China telah menarik perhatian semua orang kerana mereka dilihat terkandas di lapangan terbang.

Mereka dikhabarkan telah pergi ke Korea Selatan untuk membuat pembedahan plastik.

Anda lihatlah sendiri gambar ini. Mungkin anda juga boleh memahami kenapa mereka tidak diluluskan oleh pihak imgresen negara. Dengan muka yang bengkak dan juga dibalut, pelancong ini sedang duduk di airport bersama pasport masing masing.

Apabila ditanya, pihak imigresen tidak boleh mengesahkan identiti mereka kerana muka mereka terlalu bengkak dan lain daripada gambar pasport mereka! Mereka tiada peluang lain selain daripada duduk menunggu pihak imigresen untuk mengesahkan identiti mereka.

Apabila gambar itu tular di media sosial, ramai yang menggelakkan mereka di samping rasa simpati dengan situasi mereka.

“Minta maaf, saya tidak bermaksud untuk gelak tetapi muka mereka terlalu bengkak.”

Kepada sesiapa yang ingin ke luar negara untuk menjalani pembedahan plastik, fikirkanlah dahulu implikasi yang akan berlaku, sama seperti tiga wanita ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat