Founder Chenta Qaseh: Bisnes Bukan Sekadar Amik Order Dan Bungkus Parcel Aje, It’s Far Beyond That

Sumber Rujukan : Marina

Chenta Qaseh yang diasaskan oleh Puan Marina dan Puan Dalila sejak pertengahan 2010 menampilkan hijab yang mematuhi syariat dan berkonsepkan elegan telah berkembang dan menjadi salah satu brand yang terkenal di kalangan hijabster.

Berikut ialah perkongsiab beliau berkenaan perniagaan :

Pheww..lega dah settle salah satu persiapan untuk berjuang tahun 2018. Separuh hari ada meeting dengan dengan CEO dan CTO, Web Impian. Integrated IT Solution provider yang uruskan segala urusan teknikal web development Chenta Qaseh. Terima kasih Tn Rizal Razak dan Tn Hanny Ramzy yang bagi enlightenment hari ini, untuk ilmu-ilmu mahal dan luar biasa. Terus rasa berasap kepala banyak sangat nak kena buat lepas ni.

Semoga apa yang kami rancangkan untuk tahun depan jadi kenyataan. Semangat semangat!

Bila bisnes kita grow dan expand, sebenarnya kerja kita sebagai orang bisnes ialah meeting, berbincang dan berguru dengan orang yang boleh bantu bisnes kita. Bisnes bukan sekadar amik order dan bungkus parcel aje, it’s far beyond that.

Sebab dalam fikiran kita sentiasa fikir macam mana nak bantu team kita berkembang sama-sama kita dan macam mana nak expand lebih banyak lagi ke dalam dan luar negara.

Lepas satu meeting ke satu meeting. Macam tu la rutin kak M dengan kak Lela. Untuk tahun 2018 ni kak M dan kak lela dah rancang, susun dan plan strategi baik-baik. Semoga Allah makbulkan usaha dan doa kami. InsyaAllah, bila kita ada matlamat yang jelas, jadi kejayaan jadi lebih mudah untuk di capai.

p/s: Ramai sangat yang tanya untuk jadi Agent atau Dropship, kami akan buka dalam masa terdekat ni sebab kami dah upgrade keupayaan system dan silibus ilmu dengan lebih hebat. InsyaAllah target kami pada 2018 adalah untuk memberi lebih banyak manfaat pada semua agent / dropship lama dan baru.


Kak M
Co-founder #ChentaQaseh
#thetudungsarungexpert
#openinguntukagentdandropshipsoon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat