Fitnah Media Sosial Terhadap Rayani Air Menyebabkan Syarikat Tersebut Lingkup
Aku terkesan betul dengan kejatuhan Rayani Air ni. Sedih. Betul2 sedih. Ini salah satu bukti sebuah syarikat yg telah berjaya dilingkupkan dengan kuasa media sosial.
Aku faham apa perasaan owner Rayani Air ni mcm mana. Sayu baca rayuan CEO Rayani Air tu. Aku juga pernah merayu kepada customer begitu. Aku pun pernah nyaris jadi mangsa media sosial utk bisnes Don’s Diner waktu viral di media sosial dulu.
Walaupun bisnes berlainan, tapi impian kami sama; nak jadikan perniagaan kami ni berjaya. Boleh salur rezeki, boleh create peluang kerja, boleh bantu org lain sara keluarga mereka dan boleh sediakan alternatif yg “halal” kpd semua.
Betul, memang ada banyak kesilapan, kesalahan sepanjang pengurusan perniagaan ni. Tapi berilah ruang penambahbaikan. Komen secara professional utk tambah baik, bukan komen menghentam lepas geram di media sosial konon2 sebagai pengajaran, input dan “review”.
Anda yg tak pernah berniaga ni kompem xkan boleh faham. Kami kehilangan berapa ramai customer dan punca rezeki bila potential customers baca review “jgn pergi kedai ni. Servis lembap nak mampus, makanan sejuk je dan staff mcm pompuan mengandung tu asyik cakap telepon”. Sedangkan anda tak tahu waktu tu TNB tengah problem, sistem kitchen jem dan pompuan mengandung tu tgh jawab call org buat reservations. There’s always two sides of a coin.
Percayalah. Tidak ada satu komen negatif yg ditulis secara publik, boleh membantu mana2 perniagaan. Even Maxis pun takut dengan komen negatif di media sosial, apatah lagi bisnes baru nak naik mcm Rayani Air dan Don’s Diner ni. Anda rasa puas hati dpt lepaskan royanan anda. Kena pulak ramai yg like dan bagi “thumbs up” tanda setuju kpd pandangan anda. Anda naik tocang lagi bila post anda tu dishare dan jdi viral! Satu komen anda boleh menyebabkan org lain hilang punca rezeki, selama-lamanya.
Ini zaman media sosial. Komen/review/pendapat bukan hanya ada pada “wall” sahaja. Ade juga ruang “Private Msg (PM)”,”Direct Msg (DM)”, Whatsapp atau SMS. Itupun kalau anda benar2 ikhlas nakkan penambahbaikan.
Arwah Pak Mertua aku pernah pesan, “kalau marah, don’t put in writing. But if it’s a compliment, write a poem for that,”
Info Terkini : Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran yang kini berhadapan tekanan selepas operasi syarikat penerbangan itu digantung tidak dapat hadir ke proses inkuiri Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada Khamis.
Ravi yang mengendalikan syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia itu berkata dia pengsan akibat tekanan darah tinggi.
No3…rayani lingkup bukan kerana itu. I worked in rayani i know what happen.