Muhamad Khalid Ismail Menyatukan Malaysia Dan Korea

Sumber Rujukan : Muhamad Khalid Ismail

Setelah muncul dalam rancangan televisyen Korea Selatan, Abnormal Summit, beliau Muhamad Khalid Ismail pernah menjadi buah mulut di internet awal tahun ini kerana kefasihannya menggunakan bahasa Korea. Kini beliau telah berkahwin dengan buah hati pilihannya iaitu seorang gadis bernama Lee Seul dari Suwon, Gyeonggi. Berikut adalah huraian beliau tentang majlisnya yang telah diadalan di Korea minggu lalu.

Alhamdulillah. Setelah berbulan merancang, akhirnya majlis penyatuan dua jiwa, dua bangsa, dua negara yang berbeza telah berjaya dilansungkan bertempat di Suwon, Ibu negeri Gyeonggi, Korea Selatan pada 14 oktober, 2017.

Dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan majlis kami terutamanya kepada semua ahli keluarga saya , YB Haji Zulkifli Mamat (ADUN Pulai Chondong) dan isteri, pegawai-pegawai kedutaan Malaysia di Korea, Juru kamera kami Syafawanie Maz yang terbang dari singapura, senior dan junior pelajar dan alumni Universiti di Korea Selatan, rakyat Malaysia di Korea dan juga doa kalian semua dari Malaysia. InsyaAllah majlis belah pihak lelaki akan dilangsungkan pada suku pertama tahun hadapan di Kelantan.

Dikesempatan ini juga, terima kasih kepada yang sayang dan menegur kerana terdapat unsur yang agak tidak kena dengan fitrah agama Islam kita di dalam majlis tersebut yang boleh menimbulkan fitnah. Setelah berbincang dengan dengan orang terdekat dengan arif tentang agama islam, saya mengambil keputusan untuk mendelete video live streaming tempoh hari. InsyaAllah, akan saya upload kembali highlight rakaman dan gambar-gambar majlis tempoh hari untuk tatapan anda semua agar boleh mengenali majlis kahwin tradisi korea. Akhir sekali segala yang baik dari Allah, dan segala yang buruk juga dari Allah tetapi disandarkan kepada kejahilan dan kelemahan saya sendiri.

Maasalamah.

Muhamad Khalid & Lee Seul
Suwon, South Korea
Oct 16, 2017

Alhamdulillah. We are officially married in Korean society
Millions of thanks to all friends for coming to our one in a life big day.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat