BURUH ASING : Mampukah Kita Bekerja Seperti Mereka ? – Daily Rakyat

BURUH ASING : Mampukah Kita Bekerja Seperti Mereka ?


Aku bukan sokong menteri. Tapi aku ada pengalaman bayar 30 orang tempatan rm100/org utk pindah gym aku. 9 pagi start, 5 petang barang tak siap naik lori lagi. Pkl 6 lori jalan ke gym baru. Sampai sana patut deal ialah angkat bawak naik. Ye la pindah kan? Tapi semua taknak kerja dah. Kalau nk kerja kena bayar OT.. Aduuhhhh.. Janji pindah barang dari A ke B. Skrng barang sampai diorang taknak kerja. Diorang turunkan je dari lori dan mintak duit upah.

 

Bayangkan la aku frust mcmana masa tu. Tak tau nak buat mcmana. Barang takde orang nak angkat naik. Duit mintak sebab diorang nak balik dah semua. Aku bayar la.. Pastu aku termenung. Fikir maybe aku kena tido kat bawah bangunan tu malam ni utk jaga barang2 tu. Esok baru fikir mcmana nak bawak naik.

 

Tengah aku termenung dtg Rohingya (Myanmar Muslim) sorang tanya aku ni barang apa bikin?. Aku ckp ni gym. Sambil buat gaya tunjuk muscle.. Dia faham. Aku dpt idea.. Tanya dia. Nak kerja tak? Dia tanya aku balik apa kerja? Aku ckp, ini semua barang angkat atas. Dia tanya ini sajaka? Aku cakap, panggil kawan 10 orang. Aku bayar rm30 sorang. Aku dah takde duit cash masa tu. Itu je aku mampu offer. Tadi duit semua dah kasi bebudak kita yg buat kerja tak abis.

download

 

Dia cakap nanti tunggu dia tanya kawan dia. Dia balik. Datang balik bawa 4 orang lagi kawan. Pakai kain pelikat ngan singlet je. Aku cakap kamu semua baru 5 orang. Saya mau 10. Dia tanya ini saja ka barang? Aku jwb ya.. Tapi ini barang berat! Awak cuba angkat. Diorang bincang2 sama merka. Pastu yg deal ngan aku tu ckp, mau bayar 10 orang, tapi kerja 5 orang saja. (Maksudnya dia nak rm60 la sorang). Aku gelak.. Aku cakap ini berat.. Boleh ke angkat? Dia cakap boleh. Tapi ini saja kan? Aku jawab ya ini saja.

 

Pastu diorang setuju, aku pun ckp janji semua kena naik malam ni. Baru aku bayar. Diorang setuju.

 

Bai… Spinning bike aku tu budak melayu sado sado angkat 3 orang. Diorang letak atas bahu sorang je angkat naik tingkat 3 bangunan, 5 staircase.. Dia baca bismillah, jalan. Trrcengang aku bai.. Bebudak KL yg dtg buat installation kat atas pun terkejut tgk diorang bawak naik barang. Tak pernah diorang tgk manusia buat kerja mcm ni.

images (4)

 

Turun, angkat lagi.. Turun naik turun naik.. 2 jam settle semua barang. 2 jam je bai.. 2 jam. 5 orang. Giler!

 

Aku pergi draw duit lagi, bayar sorang rm70. Semua happy.

 

3,000 aku bayar orang angkat barang, 9pagi sampai 5ptg tak settle. Pastu balik, kerja tak siap. Mintak OT mcm kerja pejabat. Aku bukan taknak support orang kita, tapi aku yg dpt padahnya.

 

Kita org meniaga kena minimise cost dan maximise profit. Aku rela bayar tinggi pada budak kita sebab fikir dari duit lepas kat orang lain, biar bangsa aku yg dpt. Tapi bila kena lipat ngan bangsa sendiri… Ntah la nak ckp apa.

 

Apapun.. Itula adat meniaga. Aku tak kisah. Tapi aku ingat. Aku tak lupa.

 

**TAMBAHAN PENULIS**

download (4)

 

Aku terpaksa tambah perenggan ni utk elak salah paham. Cerita aku ni bukan nak tunjuk SEMUA MELAYU MALAS. Dan bukan juga nak tunjuk SEMUA PENDATANG BAIK. Kita kena bijak sket masa baca cerita. Cerita ni pasal KUDRAT Myanmar yg buat kerja utk aku tu compare dengan 30 org kita.

 

Jangan silap paham. 30 orang tu bukan pemalas. Diorang buat kerja. Diorang laksana tugas dan diorang tak boleh siapkan sebab dah keletihan. Sebab tu aku tetap bayar walaupun diorang tak siap kerja. Nak jadi melayu bangsat mudah je, tak siap keje nak mintak duit apa kan? Tapi jadi bangsat la aku kalau buat gitu.

download (1)

 

Aku kecewa sebab diorang tak boleh tepati janji.. Kalau aku, tak tergamak aku mintak duit. Kalau aku, tengok tokey muram barang berlonggok depan tangga takde org nak bawak naik, aku mikir panjang mcmana nak tolong.. Tapi dioranh bukan aku. So hadap je lah.

 

Aku bukan ahli mana2 parti. Tak pernah mendaftar. Tapi 3 PRU dah aku ngundi.

 

Adakah aku sokong 1.5j bangla masuk? Tidak.

images (5)

artikel ini telah ditulis olehRejim Mongol .

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat