Dr Mahathir Letak Jawatan

Sumber Rujukan : sinar harian

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengesahkan surat peletakan jawatan itu telah diserahkan pada 1 tengahari.

Bagaimanapun pejabat itu tidak menyatakan siapa yang memangku jawatan itu.

Dr Mahathir dijangka akan menghadap Agong jam 5 petang ini di Istana Negara.

Sebentar tadi, Parti Bersatu telah mengumumkan keluar Pakatan Harapan menerusi satu kenyataan oleh Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat