Barang Yang Wajib Dibeli Jika Anda Ke Kedai Eco RM2.10
Semua orang pasti tahu mengenai kewujudan kedai Eco Rm2.10 ini. Adakah kualiti barangnya cukup baik untuk kita gunakannya dalam kehidupan seharian ?? Jawapannya, YA . Mungkin ada sesetengah barang yang tidak mencapai standard yang kita mahukan tetapi kali ini saya akan kongsikan beberapa barang yang wajib anda beli apabila berkunjung ke kedai Eco.
Magic Sponge
Magic span mampu untuk menghilangkan kesan kotoran degil. Magik kan ? Sememangnya magik yang hanya berharga RM2.10 . Segala dakwat pen, marker,crayon dan sebagainya dapat ditanggalkan dengan mudah. Cuba dulu guna Magic Span Eco ini sebelum mencuba benda lain yang lebih mahal. Anda pasti tidak akan menyesal dengan kekuatan sentalan yang ada pada magic span ini.
Roller Sticker
Apa yang special sangat berkenaan roller sticker kedai eco ini ? Kebiasaannya roller sticker perlu ditukar apabila habis digunakan tetapi roller sticker kedai eco ini hanya perlu dibasuh dan boleh diguna semula. Jimat kan ? Memang jimat kalau nak dibandingkan dengan roller sticker yang lain. Just roll and wash.
Stain Remover
Stain Remover ini bertindak sama macam clorox dirumah anda. Tuang sedikit kedalam mangkuk tandas anda dan lihatlah hasilnya. Anda pasti merasa puas dengan apa yang anda akan lihat. Begitu juga dengan lantai yang mempunyai lumut ataupun daki,tuang sedikit dan biarkan ia bekerja sendiri sebelum anda membilasnya dengan air. Disaran memakai sarung tangan kerana kekuatan asidnya mungkin boleh merosakkan kulit tangan anda.
Plastik Sampah Wangi
Dekat mana lagi kita boleh cari plastik sampah yang ada bau wangi ? Jawapannya di kedai Eco. Anda boleh pilih “perisa” plastik sampah Eco ini seperti lemon,epal ataupun serai. Satu dapur anda akan bau wangi dengan plastik sampah ini. Elok untuk mengelakkan dapur anda daripada dikerumuni lalat.
Microfibre Cloth
Dengan microfibre cloth, anda tak perlu risau lagi dengan meja berhabuk ataupun kerusi berhabuk. Hanya sarungkan ke tangan anda lapkan ditempat yang berhabuk. Dalam sekelip mata semua habuk yang ada melekat pada sarung tangan ajaib ini. Microfibre cloth ini menyenangkan kerja ibu-ibu dan suriruamah diluar sana. Tak perlu banyak tenaga untuk membersihkan rumah.
Wet Tissue
Wet tissue ataupun tisu basah ini boleh digunakan untuk mengelap meja makan. Anda juga boleh gunakannya untuk mengelap perabot dirumah anda supaya nampak lebih berkilat.
Super Tot Pencuci Lantai
Super Tot Pencuci lantai ini memang super wangi. Tuangkan keatas lantai rumah anda dan mopkan. Tak perlu untuk bilas kerana pencuci lantai ini tidak melekit. Senangkan kerja untuk mop lantai lepas beli pencuci lantai ini.
Itulah antara barangan yang wajib ada dirumah anda untuk memudahkan kerja seharian terutama untuk ibu-ibu dan surirumah. Kedai Eco memberikan anda kelebihan yang ternilai harganya. Apa lagi nak ditunggu ? Serbulah kedai Eco berhampiran rumah anda.