Diri Saya Sebagai Seorang Berbangsa Malaysia – Lim Guan Eng

Sumber Rujukan : Astro Awani

Lim Guan Eng lebih selesa menganggap dirinya sebagai seorang berbangsa Malaysia. Guan Eng yang menjawab soalan daripada seorang pengamal media dari China, menegaskan, biarpun berbangsa Cina, beliau mahu masyarakat mengenalinya sebagai orang warga negara Malaysia.

“Kami semua di sini orang Malaysia, tanpa mengira warna kulit atau agama. Apa yang penting adalah memberi khidmat kepada rakyat,” katanya.

“Fokus paling besar tentu sekali membantu meringankan beban golongan rakyat yang berpendapatan rendah. Saya akan memastikan hak rakyat Malaysia terjamin, peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat juga dijaga.

“Antara cara yang sedang difikirkan seperti menghapuskan GST, mengekalkan BR1M dan mengawal harga minyak. Semua itu akan dibincangkan dengan Perdana Menteri nanti,” katanya.

Lim Guan Eng yang telah dilantik sebagai Menteri Kewangan baharu selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan tiga Menteri dalam Kabinet baharu pentadbiran beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat