Menghadap Agong Hari Ini, Tarikh Bubar Parlimen Telah Dibincangkan?
Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia bakal adakan Pilihan Raya Umum yang ke 15 tidak lama lagi. Walaupun begitu, tarikh tersebut masih lagi menjadi tanda tanya. Ada yang memberitahu bakal berlangsung tahun ini dan ada juga yang memberitahu bakal berlangsung tahun hadapan.
Sebelum diadakan Pilihan Raya Umum, Dewan Rakyat akan dibubarkan terlebih dahulu. Kebiasaanya, badan perundangan mesti dibubarkan apabila tamatnya tempoh yang ditentukan oleh perlembagaan. Namun begitu, pembubaran awal turut dibenarkan.
Menghadap Agong Hari Ini, Tarikh Bubar Parlimen Telah Dibincangkan?
Ekoran itu, orang ramai mula tertanya-tanya selepas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri hari ini menghadap Agong di Istana Negara. Walaupun begitu, tarikh pembubaran Dewan Rakyat tidak dibincangkan.
Menurut Malaysia Kini, perkara tersebut telah disahkan oleh sumber yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO). Maklumat tersebut juga disokong oleh maklumat yang diperolehi Malaysia Kini dari pihak Istana.
Ketika ditanya Malaysia Kini berkenaan dengan tarikh pembubaran yang dibincangkan dengan Seri Paduka, sumber PMO menjawab ” Tak dibincangkan”. Jawapan yang ringkas itu membuatkan rakyat Malaysia terus berada dalam tanda tanya.
Dalam masa yang sama, Istana Negara ada memuat naik beberapa keping gambar menerusi Facebook berkenaan pertemuan Perdana Menteri Malaysia bersama dengan Yang di-Pertuan Agong petang tadi.
“6 Oktober 2022- KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat prakabinet di Istana Negara, hari ini.
“Mesyuarat prakabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.”
UMNO memutuskan PRU akan datang mesti diadakan tahun ini
Menurut Malaysia Kini juga, sebelum ini Dato’ Sri Ismail Sabri berkata, dia akan membincangkan berkenaan dengan pembubaran parlimen sekiranya sempat. Manakala UMNO pada Jumaat yang lalu memutuskan Pilihan Raya Umum akan datang mesti diadakan tahun ini.
Dato’ Sri Ismail Sabri selaku naib presiden UMNO petang tadi dilaporkan berada di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, dan sedang mengadakan perbincangan dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi serta pemimpin parti lain.
Sumber: Malaysia Kini
Baca juga: Menjelang Pilihan Raya Umum – Tun Dr Mahathir Kongsi 32 Fakta