Tun M Letak Jawatan, Perdana Menteri Ke 8 Masih Menjadi Teka-Teki
Perkembangan politik negara semakin menarik apabila nama calon Perdana Menteri Ke 8 berlegar dalam kalangan pemerhati politik tempatan.
Bakal Perdana Menteri Ke 8?
Menerusi Harian Metro, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini untuk mendapat perkenan mengetuai kerajaan campuran yang bakal dibentuk selepas ini.
UMNO hantar 2 wakil
Sementara itu, UMNO dikatakan telah mencadangkan dua nama yang layak untuk dipertimbangkan ke jawatan nombor satu negara iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Semberong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Akan menghadap KDYMM Agong
Berdasarkan sumber yang diperoleh Harian Metro, soal pelantikan Muhyiddin itu dikatakan dipersetujui Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau sudah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beberapa minggu lalu berhubung perkara itu.
“Tan Sri akan ke Istana Negara petang ini dan kita doakan semuanya lancar.”
“Insya-Allah perkembangan politik tanah air ini akan selesai tidak lama lagi, mungkin Pakatan atau Perikatan Nasional. Kita tunggulah.”
Pas juga beri calon
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan hadir di Menara Dato Onn dipercayai ada kaitan dengan memuktamadkan perbincangan.
Beliau tiba jam 1.30 tengah hari tadi menaiki kenderaan berwarna putih dan terus ke ibu pejabat UMNO.