Suami ketagihan pornografi, bolehkah ianya dijadikan alasan fasakh?
Ramai yang bertanya, kalau suami ketagihan pornografi, bolehkah ianya dijadikan alasan fasakh?
Boleh. Tapi beban pembuktian adalah pada diri anda iaitu isteri sebagai pemohon.
Kenapa saya katakan bahawa perlu memberi peluang dan ruang kepada pencandu pornografi ini? Kerana kecanduan pornografi adalah satu ‘penyakit mental’.
Dalam seminar mengenai kesan pornografi terhadap kerosakan otak di Jakarta suatu ketika dulu, ahli bedah saraf dari Hospital San Antonio, Amerika Syarikat, Donald L. Hilton Jr MD mengatakan bahawa ketagihan mengakibatkan otak bahagian tengah depan yang disebut Ventral Tegmental Area (VTA) secara fiziknya mengecil.
“Pornografi menimbulkan perubahan tetap pada neorotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan. Ini yang membuat orang-orang yang sudah kecanduan tidak dapat lagi mengawal perilakunya,” kata Hilton serta menambah bahawa ketagihan pornografi juga menimbulkan gangguan memori.
Oleh kerana ianya boleh dikategorikan sbg penyakit, maka ianya perlukan suatu tempoh untuk ‘healing’ atau penyembuhan. Biasanya mahkamah akan beri masa yang munasabah untuk healing process. Sepertimana kes mati pucuk. Biasanya setahun minimum diperlukan untuk pembuktian bahawa suami adalah tidak lagi mati pucuk.
Jadi sekiranya bertanya kepada saya, bagaimana ingin mendapatkan fasakh atas dasar kecanduan pornografi ini? Pada saya, mulakan dengan sesi kaunseling dan sokongan utk berubah kepada suami dahulu. Berikan dia tempoh masa yang munasabah untuk healing process dan berubah. Pastikan semua ini adalah didokumentasikan. Untuk pembuktian kelak.
Namun dalam banyak keadaan, lelaki tidak pernah menganggap kecanduan terhadap pornografi ini ialah suatu penyakit. Sebaliknya ianya adalah sesuatu yang normal. Maka, tidak hairan jika ada bapa2 yang tidak ambil pusing tatkala anak2 lelaki seawal sekolah rendah lagi telah terjebak dengan pornografi.
Untuk para lelaki yang sedang kecanduan, tolonglah berubah perlahan2 terutama jika anda adalah seorang suami dan ayah. Yang belum berkahwin juga, ingatlah bahawa anda juga bakal menjadi ayah. Jangan malu untuk dapatkan rawatan kaunseling atau psikatri jika perlu.