BN Bakal Hilang Banyak Undi Melayu

Sumber Rujukan : Wartawan Sinar Harian

 

Cadangan untuk menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan menyebabkan BN akan hilang lebih banyak undi Melayu pada PRU14.

“Cadangan daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mashor itu, seolah-olah mengakui BN sudah tidak ada harapan untuk menerima sokogan daripada bukan Melayu.

Malah kemungkinan akan hilang lebih banyak undi Melayu sekaligus, menyebabkan Umno mengalami kekalahan yang lebih teruk pada PRU14”, kata penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau berkata demikian, mengulas hasrat Tengku Adnan baru-baru ini untuk menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan yang bermatlamat memastikan negeri itu mendapat limpahan pembangunan sama rata.

Tengku Adnan turut berkata, beliau bukanlah berniat untuk meluaskan kuasa ke Pulau Pinang, sebaliknya disebabkan keprihatinan beliau terhadap nasib Melayu di sana.

Sementara itu , Kit Siang berkata, beliau tidak terkejut pemimpin Umno kini berada dalam kedudukan risau dan terdesak kerana Umno sedang menghadapi keadaaan bahaya kehilangan banyak kerusi parlimen dan Dun.

“keadaan ini bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang, tetapi juga diseluruh negara. Sebab itulah ramai pemimpin dan ahli Umno serta Cybertrooper Umno terus meningkatkan politik pembohongan dan balas dendam mereka,” kata Kit Siang seperti dilaporkan Sin Chew Jit Poh.

Mengulas isu sama, Presiden Gerakan yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, kenyatan yang dikatakan oleh Tengku Adnan ibarat ‘hadiah’ kepada DAP untuk digunakan sebagai publisiti.

“Sama ada Tengku Adnan atau Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng, kedua-dua mereka adalah seperti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang ‘bercakap tanpa gunakan otak’,” kata Chang Yeow.

Teck Meng Tanding di Simpang Renggam

 

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Liang Teck Meng sudah dikenalpasti mempertahankan kerusi parlimennya pada PRU14.

Ia disahkan oleh Naib Presiden Gerakan, Datuk Teo Kok Chee seperti dilaporkan dalam Nanyang Siang Pau, setelah ada ura-ura menyatakan Umno berhasrat mengambil alih kerusi Parlimen Simpang Renggam daripada Gerakan.

Teck Meng mula menjadi ahli parlimen tersebut sejak 2008. Beliau kini menjadi Setiausaha Agung Gerakan dan juga Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara(Span).

“Pusat parti telah memutuskan Teck Meng terus bertanding di Simpang Renggam. Manakala calon-calon untuk kerusi Dun juga telah dikenal pasti dan hanya akan mengumumkan pada masa yang sesuai,”kata Kok Chee kepada Nanyang Siang Pau.

Pada PRU lalu, Gerakan memenangi satu kerusi parlimen dan satu kerusi Dun di Johor, iaitu Parlimen Simpang Renggam, MCA turut pernah memberikan kenyataan secara terbuka untuk bertanding di Dun Permanis.

Satu komen untuk “BN Bakal Hilang Banyak Undi Melayu”

  1. Anonymous says:

    Hai hafizz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat