Ketahui Sebab Lebam Muncul Secara Misteri Di Badan Anda


Bagi anda yang sering dihantui oleh kisah kisah misteri sehingga membawa kepercayaan itu kedunia nyata. Anda mungkin akan percaya akan benda-benda yang tidak masuk akal dan logik ini. Anda akan mengandaikan pelbagai perkara jika berlaku sesuatu yang misteri ke atas tubuh badan anda.

adakah anda di ganggu oleh jin

Pernahkah  lebam muncul secara misteri di badan anda secara tiba-tiba ia kelihatan di mana-mana anggota badan anda. Kata orang apabila anda mempunyai lebam lebam di badan menandakan anda telah di cop oleh jin, ianya umpama gigitan cinta daripada makhluk halus itu.

Namun sebagai manusia yang mempunyai iman di dada, adakah fakta dan misteri seperti ini harus dipercayai ? Logikkah ia untuk diproses di dalam pemikiran kita sebagai manusia?

Terdapat banyak hujah-hujah yang didebatkan mengenai perkara sebegini. Jika di tanya ustaz mahupun orang yang lebih alim tentang perkara sebegini, jawapan yang diberi bagaimanapun berbalik kepada pemaham individu yang bertanya itu sendiri.

Secara dasarnya lebam yang disebabkan oleh benda makhluk halus mungkin benar akan tetapi lebam yang dikatakan berlaku kerana reaksi dalaman tubuh adalah jauh lebih logik.

Berdasarkan kes kes yang mungkin telah berlaku, lebam muncul secara misteri ini boleh dikaitkan dengan reaksi daripada tubuh badan sendiri.

Menurut kajian saintifik dalam dunia perubatan, lebam yang terjadi secara tiba-tiba boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit yang berkaitan dengan saluran darah dan darah itu sendiri. Keberangkalian, ia adalah petanda awal penyebab leukmia berlaku.

Oleh itu, janganlah anda terlalu taksub dan percaya dengan kepercayaan misteri sehingga menyebabkan penyakit dalam tubuh melarat kerana tersalah anggap bahawa lebam itu adalah perbuatan jin semata-mata.

Sehinggakan ramai berkunjung ke rumah rumah perubatan tradisional yang tidak bertauliah seperti bomoh dan menyebabkan gangguan sebenar boleh terjadi.

Bagaimana Lebam Terjadi?

lebam muncul secara misteri

Jelas Dr Zubaidi Hj Ahmad, lebam sebenarnya berlaku apabila terjadinya pengumpulan darah di kulit badan. Ia terjadi apabila salurah darah kecil pecah di bawah kulit. Pengumpulan darah ini akan memberi efek warna merah atau biru kekuningan pada permukaan kulit dan bakal hilang sendiri dalam masa dua minggu.

Ia juga dikenali sebagai ecchymosis yang sering berlaku apabila terkena kecederaan trauma akibat terlanggar objek keras. Sebagai contoh bucu meja.

Salur darah kecil yang berada di bawah bahagian kulit yang terkena kecederaan itu akan pecah seterusnya mmebuatkan darah berkumpul di situ. Bengkak akan terjadi bahkan menghasilkan tompok darah beku yang dipanggil lebam.

Wanita Lebih Mudah Dapat Lebam

Fakta yang menyatakan wanita lebih mudah mendapat lebam di badan menjadikan mereka lebih gerun sehinggakan sesuatu seperti terkena gigitan jin terbit daripada pemikiran mereka.

Hal Ini mungkin kenapa mereka sering ditakuti dengan kenyataan seperti itu sehinggakan mempercayai pemahaman yang tidak betul. Walhal, sememangnya wanita lebih mudah mendapatkan lebam kerana kekenyalan tisu kulit wanita lebih lembut dan sensitif berbanding lelaki.

Lebih-lebih lagi wanita yang telah meningkat usia dan kanak kanak. Hal ini kerana saluran darah mereka masih dan  sudah menjadi lemah membuatkan risiko kemunculan lebam itu lebih tinggi.

Kekurangan Zat  Penyebab Lebam

Menurut kajian yang diterbitkan dalam journal Advanced Nutrition: Macronutrients, Micronutrients and Metabolism, punca utama lebam boleh dikaitkan dengan kekurangannya nutrisi seperti vitamin C, Vitamin K, Vitamin B9 dan B12 dalam diri setiap individu tersebut.

Apabila sesorang menamalkan diet yang tidak seimbang , sudah semestinya kesihatan kulit mereka akan tekesan seperti menjadi semakin menipis malah saluran darah juga lemah kerana pertambahan usia.

Cara Merawat Lebam

guna ais merawat lebam

Tekap bongkah ais di bahagian yang lebam. Kesejukan ais mampu mengurangkan pendarahan dalam kulit seterusnya mengecutkan salur darah.

“Ramai orang kita salah faham bahawa menuam bahagian lebam dapat kecutkan bengkak, benjol atau saluran darah, namun sebaliknya kepanasan akan mengembangkan lagi kecederaan.“Hanya kesejukan sebenarnya yang berfungsi untuk mengecut kecederaan”.

Tinggikan kedudukan bahagian tubuh yang lebam. Jika lebam pada peha, berbaringlah sambil naikkan kedudukan peha agar lebih tinggi dari paras jantung untuk menghentikan pergerakan darah ke bahagian lebam berkenaan.

Jika berdiri, pendarahan akan jadi lebih teruk menyebabkan lebih banyak darah yang dipam ke kawasan kecederaan tersebut.

Perlukah Dapatkan Rawatan Lebam Di Hospital?

Jika kecederaan lebam di akibatkan benda luar, anda disarankan kehospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan selanjutnya daripada doktor. Jika ianya adalah kecederaan yang biasa dan tidak serius lebam boleh dihilangkan secara menuamnya dengan ais.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat