H5N1 Menyerang Kota Bharu

Sumber Rujukan : Sinar Harian 8 MAC 2017

Bagaimana mengetahui anda penghidap selsema burung (H5N1) ? Anda mungkin dijangkiti virus ini, jika mengalami simptom-simptom seperti berikut:

  1. suhu tubuh yang tinggi
  2. ganguan pernafasan
  3. sakit dada, batuk
  4. sakit otot
  5. sakit kepala
  6. cirit-birit, muntah-muntah, sakit perut
  7. pendarahan hidung dan gusi

Selsema burung menular melalui “interaction” dengan unggas (hidup atau mati) yang dijangkiti virus. Najis burung yang dijangkiti virus juga boleh menjadi penyebab penularan virus ini. Walaupun sukar untuk mencegah penyebaran selsema burung di antara kelompok ayam atau burung, di sini ada beberapa cara untuk mengurangkan risiko dijangkiti selsema burung :

  1. Elakkan daripada “interaction” dengan unggas.
  2. Elakkan pergi ke tempat penternakan unggas
  3. Elakkan daripada menyentuh secara langsung unggas (hidup atau mati) yang dijangkiti.
  4. Tidak makan daging unggas yang separuh masak(sate) dan telur separuh masak.
  5. Menjaga kebersihan diri.
  6. Tidak melancong ke negara yang di serang wabak selsema burung.

sumber sinar harian

KOTA BHARU – Kerajaan negeri mengesahkan kes selsema burung (H5N1) positif apabila tiga ayam kampung mati dan diambil sampel yang berlaku di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, di sini, pada 6 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, bagaimanapun beliau menasihatkan supaya orang ramai tidak panik, seterusnya meminta penternak memberi kerjasama kepada kakitangan JPV yang memantau kes.

“Pihak kami berpuas hati dengan tindakan JPV Negeri yang bertindak segera dan sudah membuat pelupusan terhadap 170 unggas termasuk ayam kampung, ayam api, angsa, itik, burung, ayam komersil dan 100 telur di kampung berkenaan.

“Kerajaan negeri juga turut menubuhkan Jawatankuasa  Bertindak Kawalan Penyakit Haiwan bagi menangani kes ini termasuk melaksanakan kerja membasmi dan mengawal lokasi yang terlibat secara langsung dengan kematian ayam terbabit,” katanya, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Veterinar Negeri, Nurul Huda Zairi.

Che Abdullah yang juga Ahli Jawatankuasa  Bertindak Kawalan Penyakit Haiwan Kelantan, mengulas mengenai laporan Sinar Harian Isnin lalu berhubung kes JPV Kelantan yang memantau status kesihatan semua ternakan unggas setelah ada aduan membabitkan kematian ayam baru-baru ini.

Beliau berkata, berikutan kes berkenaan juga, enam kakitangan Jabatan Makmal Veterinar yang terdedah secara langsung dengan penyiasatan bangkai ayam turut dikuarantin dalam tempoh 24 jam dan kini mereka sudah dibebaskan.

“Keenam-enam mereka yang mengendalikan kes dari Makmal Jabatan Veterinar Negeri dikuarantin di Hospital Tumpat dan punca jangkitan masih lagi dalam siasatan.

“Jawatankuasa Bertindak Penyakit Haiwan Negeri dikuatkuasakan serta-merta dan pemantauan diteruskan.

“Kami mengharapkan kerjasama daripada penternak, malah bagi melaksanakan kawalan ini, Jabatan Kesihatan Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) turut membantu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat