Biodata Penyanyi Lagu Sumpah Aina Abdul

Sumber Rujukan : Iluminasi

Aina Abdul

Aina Abdul merupakan antara peserta yang berjaya menjejakkan kaki ke pentas berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34)  menerusi pertaruhan single terbarunya, Sumpah. AJL 34 yang telah berlangsung pada malam semalam, 9 Februari 2020.

Dia sebelum ini merupakan bakat kelahiran program Mentor Legend telah meraih pelbagai pencapaian termasuk menjuarai salah sebuah kategori di World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2014 yang berlangsung di Los Angeles.

Biodata Aina Abdul

  1. Nama sebenar, Nurul Aina Binti Abdul Ghani. Dikenali dengan nama pentasnya, Aina Abdul.
  2. Berusia 27 tahun.
  3. Berasal dari Negeri Sembilan.
  4. Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri, dan melanjutkan pengajian di Universiti UCSI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  5. Dia merupakan naib juara Mentor Legend 2014 di bawah bimbingan mentor, Ella.

Fakta Menarik

  • Bekas pelajar jurusan muzik.
  • Berjaya membolosi Top 5 kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (APBH) ke 32, meskipun tidak membawa pulang trofi kemenangan.
  • Sumpah, single nyanyian dan ciptaannya yang mengangkat isu tekanan dan kemurungan, merupakan antara lagu yang melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 yang berlangsung semalam, 9 Februari 2020.
  • Sehingga kini, dia mempunyai lebih 50 lagu dalam simpanan dan bersedia untuk berkongsi dengan mana-mana penyanyi yang berminat mendapatkan perkhidmatannya sebagai komposer.
  • Mempunyai kelab peminat yang dinamakan ‘Aination’ yang menyokong penuh kariernya.
  • Laman Instagramnya,@ainaabdul yang mempunyai pengikut sebanyak 121, 000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat