Johor Menuju Negeri Metropolis Dibawah Pemerintahan Sultan Ibrahim

Sumber Rujukan : Luqman Haziq

Dimasyhurkan sebagai Sultan Johor Kelima pada 23 Januari 2010 susulan kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Iskandar Sultan Islmail, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berjaya menaungi Johor menjadi salah sebuah negeri yang amat pesat membangun untuk menuju status sebuah metropolis.

Sebut sahaja Iskandar Malaysia, bukan sahaja pelabur tempatan malahan pedagang asing sentiasa mencari peluang  untuk melabur dan menjalankan aktiviti perniagaan di Johor.

Buktinya, koridor ekonomi tersebut pada 2006 berjaya mencatat pelaburan keseluruhan berjumlah RM207.99 bilion hingga Jun 2016.

Daripada jumlah pelaburan komited tersebut sebanyak, sebanyak RM106.43 bilion atau 51 peratus adalah pelaburan yang telah direalisasikan.

Malah, Sulatan Ibrahim turut melancarkan projek hartanah pintar, Forest City di Iskandar Puteri yang dibangunkan di atas empat buah pulau buatan berkonsepkan hijau dan mesra alam yang melibatkan pelaburan komited kira-kira RM170 bilion. Nyata visi dan misi untuk menjadikan visi dan misi untuk menjadikan Iskandar Puteri yang kini menjadi pusat pentadbiran baharu sebagai pusat pentadbiran baharu kerajaan negeri sebagai sebuah bandar raya metropolis semakin menjadi kenyataan dengan pembangunan pesat di kawasan tersebut.

Bukan sahaja dalam bentuk pelaburan, malah yang paling penting pelbagai  kemudahan dibina dan dilaksanakan untuk kemudahan dan kesejahteraan rakyat jelata.

Malah semasa dilantik sebagi Tunku Mahkota johor,Sultan Ibrahim telah berusaha bukan sahaja untuk mendekati rakyat, malah membantu mereka menerusi program Kembara Mahkota Johor(KMJ) yang diilhamkan baginda.

Program itu dimulakan pada tahun 2001 kini menjadi salah satu ‘ikon’ bagi negeri Johor dan sentiasa dinanti-nantikan pada setiap tahun kerana Sultan Ibrahim bukan sahaja menjelajah seluruh negeri malah membawa bersama-sama ahli keluarga baginda ntuk mendampingi rakyat.

Nyata naluri baginda sentiasa dekat dan amat memahami kehendak rakyat jelata. Malah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengakui KMJ dapat merpatkan dan mengeratkan lagi hubungan rakyat jelata, sekali memperkukuhkan institusi Raja Berperlembagaan dan meningkatan permuafakatan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Semasa menjelajah ke seluruh negeri, Sultan Ibrahim bukan sahaja sanggup berpanas dan berhujan sambil menunggang motosikal, malah turut merentasi lautan semata-mata ingin berjumpa dengan rakyat termasuk yang tinggal di pulau-pulau serta memandu kenderaan pacuan empat  roda untuk berjumpa rakyat di kawasan pedalaman termasuk masyarakat Orang Asli.

Sikap prihatin baginda turun padang bagi meninjau kehidupan dan menyelami susah senang masyarakat membina kreditibiliti baginda sebagai pewaris takhta yang mesra rakyat.

Dalam bidang sukan, baginda gemar bermain polo dan menunggang motosikal berkuasa tinggi serta turut  memiliki lesen memandu kereta api.

Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Sultan Ibrahim merupakan putera sulung Almarhum Sultan Iskandar dan dilantik sebagi Tunku Mahkota Johor di Istana Besar Johor pada 3 Julai 1985.

Baginda juga  pernah dilantik sebagai Pemangku Raja pada 25 APril 1984 semasa ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan.

Hasil perkongsian hidup dengan Permaisuri Johor, Tuanku Raja zarith Sofiah Sultan Idris Shah, pasangan diraja berkenaan dikurniakan enam cahaya mata, lima putera dan seorang puteri, iaitu Tunku Ismail (Tunku Mahkota Johor), Tunku Aminah, Tunku Idris Iskandar (Tunku Temenggong Johor), Almarhum Tunku Abdul Jalil (Tunku Lakasamana Johor), Tunku Abdul Rahman (Tunku Panglima Johor) dan Tunku Abu Bakar (Tunku Putera).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat