Katarak Mata: Apakah Punca Katarak Mata Dan Bagaimana Pula Kaedah Mencegah Dari Awal?


Katarak Mata ialah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusi lapisan tersebut. Keadaan ini akan menjejaskan penglihatan seseorang dan akan meyebabkan buta sekiranya lewat atau tidak dirawat.

Perumpamaan yang sesuai untuk ungkapkan keadaan ini ialah, dimana sebahagian tingkap rumah anda sebahagiannya keruh dan kotor dan sebahagian lagi bersih.

Katarak terjadi akibat daripada kecederaan mata, sinaran UV yang berlebihan, penuaan, penyakit-penyakit tertentu atau juga disebabkan oleh pengambilan ubat yang salah.

Katarak akn menjejaskan penglihatan yang mana mempengaruhi aktiviti seharian individu tersebut seperti membaca, menonton tv, memandu dan sebagainya.

Komplikasi, Tanda Dan Gejala Katarak Mata

Katarak pada peringkat awal boleh dibedah sekiranya mengganggu kehidupan seharian anda dan boleh ditangguhkan sekiranya belum mempengaruhi aktiviti seharian anda. Namun sekiranya katarak sudah matang ia perlu dibedah dengan kadar segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih teruk berlaku.

Sekiranya katarak yang sudah matang diberikan rawatan yang segera, ia akan boleh mengakibat individu yang yang mengalami katarak akan buta.

Gejala yang sering dialami oleh pesakit katarak ialah:

  • Kabur penglihatan tanpa rasa sakit
  • Silau (lampu kereta, cahaya lampu atau cahaya matahari kelihatan sangat terang).
  • Kerap menukar preskripsi cermin mata.
  • Penglihatan berganda pada sebelah mata.
  • Rabun ayam (malam)
  • Warna kelihatan pudar

Langkah Yang Dapat Di Ambil Untuk Mengelakkan Atau Memperlambatkan Katarak

  • Pemakanan diambil secara seimbang
  • Senaman yang berkala (menurunkan tahap gula dalam darah)
  • Diabetes yang terkawal
  • Berhati-hati dalam memilih ubat-ubatan tradisional dan lihat isi kandungan steroid terlebih dahulu
  • Lindungi mata anda dengan penggunaan kaca mata hitam yang mempunyai perlindung UV.
  • Lindungi mata anda dengan alat pelindung mata bila melakukan aktiviti bahaya seperti memaku, membawa bahan kimia dan lain-lain
  • Pemakanan yang seimbang terutamanya, bahan yang mengandungi anti oksida mungkin berupaya mencegah katarak

Bagaimana Cahaya Boleh Menyebabkan Katarak?

Sinaran UV adalah sebahagian dari sinaran semulajadi yang terdapat dalam spektrum cahaya yang tidak kelihatan. Selain matahari sebagai sumber semula jadi UV, sinar UV boleh terhasil dari pelbagai sumber tiruan termasuk alat kimpalan, laser, alat memperangkan kulit dan lampu tertentu.

Cahaya biru dari spektrum yang boleh dilihat. Sinaran UV boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu UVA, UVB dan UVC. Sinaran UV membawa lebih banyak tenaga berbanding sinaran cahaya yang boleh dilihat. Oleh itu mata berisiko mengalami kerosakan yang serius kerana menyerap sinaran UV berbanding dengan cahaya lain.

Kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan yang berpanjangan kepada sinaran UV tidak boleh dipulihkan dan boleh merosakkan mata. Oleh itu kita perlu melindungi mata kita dari terdedah kepada sinaran UV dalam tempoh yang panjang. Selain merosakkan mata, sinaran UV juga boleh merosakan kulit dan badan.

Sinaran UV boleh diserap oleh pelbagai struktur mata. Lapisan luar mata termasuk kornea dan konjunktiva boleh menyerap sinaran UVB. Kanta mata menyerap kebanyakan sinaran UVA. Retina (lapisan sensitif cahaya) menyerap cahaya yang boleh dilihat. Sinaran UVC diserap oleh lapisan ozon dan tidak sampai ke bumi.

Pemilihan Kaca Mata Hitam

Untuk mendapatkan perlindungan yang sebaiknya, pilihlah kaca mata hitam yang mempunyai lapisan untuk mencegah sinaran UV yang berlebih masuk kedalam mata.

Kanta yang diperbuat daripada plastik dan kaca menyerap cahaya UV dan ini dapat diperbaiki dengan salutan bahan yang sudah dirawat semasa proses pembuatan kanta khusus untuk sinaran UV.

Tips Pemilihan Kaca Mata

  • Elakkan daripada memilih cermin mata yang terlalu gelap kerana mampu menghalang penglihatan anda secara optimum.
  • Pastikan kanta gelap yang dipilih memberikan anda keselesaan.
  • Kaca mata gelap yang dibaut khas dengan polarisasi sangat disyorkan kerana ia dapat mengurangkan silau dan biasan cahaya daripada permukaan yang berkilat seperti permukaan air dan logam.

Pemilihan kaca mata hitam sepatutnya tidak berfokuskan kepada harga, warna atau kegelapan kanta semata-mata. Kualiti dan tahap keberkesan atau kualiti harus diberikan perhatian utama. Ini supaya perlindungan pada tahap maksimum dapat diterima oleh pemakai.

Kaca mata hitam dari perlindungan UV terbahagi kepada 3 kategori:

  • Kanta mata hitam kosmetik – kanta berwarna sedikit yang nipis digunakan dalam cahaya matahari bertahap rendah. Ia menyekat sehingga 60% cahaya yang kelihatan dan sinaran UVA, dan 88% hingga 96% sinaran UVB
  • Kanta mata hitam serbaguna – menghalang 60% hingga 93% cahaya yang kelihatan dan sinaran UVA, dan 94% hingga 99% sinaran UVB. Ia sesuai untuk memandu dan amat disyorkan dalam cahaya matahari yang terang
  • Kaca mata hitam khas – menyekat sehingga 96.5% cahaya yang kelihatan dan sehingga 98% sinaran UVA. Ia menghalang sekurang-kurangnya 99% sinaran UVB, dan sesuai jika terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang panjang

Cermin Mata Yang Disyorkan

Sebelum kita lihat lebih terperinci, jom sama-sama kita lihat komen pelanggan:

Seperti yang anda lihat bagaimana feedback  pelanggan daripada penggunaan cermin mata ini, ia sememangnya mempunyai beberapa kelebihan yang terkandung didalam cermin mata HD Eyewear keluaran ibnusina ini.

Antara kebaikan yang ada pada cermin mata ibnusina ini ialah mengurangkan silau, menyejukkan mata, menapis sinar UV yang berbahaya, penglihatan lebih jelas dan yang paling uniknya ialah lenz polirized yang mana ia sangat selera dipakai.

Kesimpulannya ialah, sayangilah mata anda dan berusaha sebaik mungkin dalam menjaga mata anda. Ingatlah pencegahan lebih baik dari merawat. Elakkan daripada berada terus dan tempoh yang lama dibawah sinaran cahaya matahari. Sekiranya kerja andamemerlukan anda berada dibawah sinaran matahari yang lama, gunakan cermin mata yang memberi perlindungan UV seperti keluaran ibnusina iaitu HD Eyewear.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat