Dato’ Sri Ismail Sabri Luah Rasa Syukur, Gembira Dengan pembentangan Bajet 2023 Hari Ini
Hari ini, 7 Oktober 2022 telah berlangsungnya pembentangan bajet 2023 di Dewan Rakyat. Terdapat banyak berita baik untuk rakyat Malaysia. Antaranya isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM2,500, menanggung 5 orang anak atau lebih akan menerima Bantuan Keluarga Malaysia sebanyak RM2,500.
Manakala bantuan awal persekolahan berjumlah RM150 akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa. Malah lebih menjadi perbualan dalam kalangan rakyat pula adalah berkenaan dengan ibu yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan menerima RM500.
Dato’ Sri Ismail Sabri Luah Rasa Syukur, Gembira Dengan pembentangan Bajet 2023 Hari Ini
Ekoran pembentangan bajet 2023 yang dikatakan cukup menarik itu, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri meluahkan rasa syukur serta gembiranya dengan pembentangan bajet tersebut hari ini. Luahan tersebut dikongsi oleh beliau menerusi laman facebook.
Alhamdullilah, saya gembira dengan pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Bajet 2023 berjumlah RM372.3 bilion ini menyaksikan peningkatan yang ketara berbanding Bajet tahun lalu.
Bajet 2023 juga memperlihatkan komitmen Kerajaan menawarkan manfaat kepada Keluarga Malaysia.
Bajet ini juga menjadi manifestasi usaha kerajaan untuk kebangkitan negara, agar menjadi sebuah negara yang unggul setelah kita mengharungi pelbagai krisis dan cabaran sebelum ini.
Semoga usaha yang berterusan akan menjadikan negara kita lebih sejahtera, aman, makmur dan Keluarga Malaysia mendapat penghidupan yang lebih berkualiti untuk hari-hari yang mendatang.
Intipati pembentangan Bajet 2023
Di bawah ini pula adalah intipati Bajet 2023 yang dikongsikan oleh John Mohamed. Pastinya ramai yang tidak sempat menonton secara live pembentangan bajet tersebut, jadi jom kita ikuti perkongsian John di bawah ini.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ditambah baik, beri manfaat kepada 8.7 penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion. Kategori baharu BKM diperkenal, isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan tanggung lima anak atau lebih layak terima RM2,500.
Tawaran kredit e-dompet RM100 diberikan kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan bawah RM100,000 menerusi inisiatif e-Pemula M40.
Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan kepada 2 mata peratusan. Pelepasan cukai hingga RM3,000 bagi bayaran yusan taska dan tadika berdaftar dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2024.
Kadar cukai pendapatan dikurangkan..
Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan kepada 2 mata peratusan.
Banjaran pendapatan cukai antara RM250,000-RM400,000 akan digabung dengan banjaran RM400,000-RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus Suruhanjaya Sekuriti akan perkenal program latihan khas tingkat kemahiran wanita untuk tambah bilangan wanita yang layak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.
Ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak tahun depan diberi bantuan tunai sekali bayar RM500 menerusi inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia.
Majikan yang menggaji belia menganggur lebih tiga bulan berumur 18 hingga 30 tahun diberi insentif penggajian di bawah PERKESO.
Kemudahan pinjaman RM305 juta disediakan melalui SME Bank, TEKUN, Mara, BSN dan Agrobank khusus untuk anak muda berniaga.
Kerajaan tanggung bayaran dapatkan lesen teksi, bas, e-hailing, ujian lesen motosikal kelas B2 untuk bantu kumpulan B40 khususnya belia jana pendapatan.
Inisiatif Pakej Remaja Keluarga Malaysia dilanjutkan sehingga April 2023 untuk rapatkan jurang digital dalam kalangan belia.
Kerajaan tanggung nilai caruman PERKESO..
Kerajaan tanggung 80 peratus nilai caruman PERKESO untuk kurangkan beban golongan yang bekerja sendiri. Had caruman sukarela KWSP dinaikkan kepada RM100,000 setahun.
Program i-Saraan dilanjutkan tahun depan, caruman padanan ditingkatkan daripada RM250,000 kepada RM300,000.
Jumlah had pegangan ASB dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000.
Kerajaan peruntukan lebih RM55 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi meminimumkan kos sara hidup.
Program Jualan Murah Keluarga Malaysia diteruskan di seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta.
Insentif penggajian antara RM600 hingga RM750 sebulan selama tiga bulan akan dibayar kepada majikan yang mengambil OKU, Orang Asli, bekas banduan dan wanita menganggur bekerja.
PERKESO sedia bantuan mobiliti RM500 kepada individu dapat pekerjaan di luar negeri bermastautin, manakala RM1,000 untuk penghijrahan jarak jauh iaitu dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya.
Tempoh perkhidmatan MySTEP sektor awam dilanjutkan hingga 31 Disember 2023, gaji dinaikkan RM100.
Kadar Bantuan Awal Persekolahan dinaikkan kepada RM150, diberi kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.