Sanggup Menggadaikan Maruah Demi iPhone 8!

Sumber Rujukan : Nextshark

PELBAGAI ungkapan, perbandingan dan gambaran yang boleh dihalakan kepada golongan wanita moden hari ini. Ada yang mengungkap wanita sebagai golongan yang ‘suka ditipu’. Frasa itu mungkin agak keterlaluan nadanya, tetapi ia merujuk kepada sifat wanita itu sendiri yang dilihat sering tidak pernah merasa cukup dengan apa yang mereka ada.

Untuk mendapatkan apa yang diingini, golongan ini ‘tanpa sedar’ selalu ditipu dan ditindas oleh pihak-pihak lain khususnya kaum lelaki. Kalau tidak, masakan timbul perbandingan yang mengatakan perempuan itu ‘akalnya satu tetapi nafsunya sembilan’.’ Berbanding lelaki ‘akalnya sembilan, tetapi nafsunya mungkin hanya satu.’ Justeru, kelebihan itulah yang mungkin telah disalahgunakan untuk memanfaatkan ‘kelemahan’ wanita.

Seperti juga kisah ini. Sanggup menggadaikan dara sendiri dek kerana mahu mengikut trend mendapatkan iPhone 8. Ia bermula dengan seorang remaja berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Xiao Chen, telah mengiklankan untuk menjual maruahnya online pada harga 20,000 RMB (RM31,343) hanya untuk membeli sebuah iPhone 8.

Nana, seorang vlogger yang mendedahkan kelakuan sosial yang tidak diingini pada zaman ini, ternampak post yang dimuat naik oleh Xiao, dan membuat perancangan agar boleh dijadikan iktibar kepada ramai orang di luar sana.

Kawan saya semua dah membeli iPhone8. Saya pun nak juga. Tapi saya tak mempunyai wang.” Xiao Chen memberitahu Nana.

“Ada kawan saya yang dah berjaya dapatkan lebih daripada 20,000 RMB (RM31,343) dengan cara ini. Saya hanya perlu menipu kan?” Chen menerangkannya dengan selamba.

Dengan ini, Nana mengaturkan Xiao Chen dengan ‘boss’nya sebagai klien. Di dalam bilik tersebut, Nana juga telah memasang video cam di setiap sudut bilik untuk merakam kejadian tersebut.

Chen telah masuk ke perangkap tersebut dan klien memberikan hadiah iPhone 8 kepadanya seperti perancangan yang Chen fikir berjalan dengan lancar. Tetapi sebenarnya sebaliknya. Klien tersebut memanggil keluar tiga lelaki lain tanpa baju daripada tandas.

Chen terkejut dengan serta merta dan cuba untuk lari keluar daripada bilik tersebut, tetapi lelaki lelaki tersebut memegangnya dan meletakkannya di atas katil.

Lakonan ngeri itu berhenti apabila Nana keluar daripada tandas. Lelaki tersebut melepaskan pegangan Chen, dan Nana mengambil peluang ini untuk memberi ceramah yang kasar, yang akhirnya menangis di atas katil.

Lihat video di bawah untuk kisah penuh:

Adakah pembaca sanggup menjual maruah sendiri hanya kerana ‘Apple’? Adakah anda sanggup meletakkan diri anda dalam bahaya seperti ini hanya untuk benda-benda materialistik? Fikirkanlah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat