Menurunkan Berat Badan


Menurunkan Berat Badan

Menurunkan berat badan merupakan salah satu aktiviti yang sangat berat dan malas untuk dilakukan oleh segelintir. Namun azam untuk turunkan berat sentiasa ada cuma tindakan sahaja tidak dilakukan. Untuk pengetahuan semua, menurunkan berat badan bukan hanya untuk kelihatan menarik , malah ia membantu dari segi kesihatan serta psikologi seseorang. Justeru itu jadikan orang yang berjaya menurunkan berat badan sebagai contoh atau motivasi untuk anda mengikut jejak mereka.

Antara tips mudah untuk menurunkan berat badan yang boleh anda lakukan  bagi mencapai target anda :

1. Makan Dengan Teratur

  • Jadikan rutin harian anda makan secara teratur
  • Sediakan menu pemakanan yang anda boleh rujuk untuk dijadikan rutin pemakanan harian

2. Pengambilan Serat

  • Membantu menurunkan paras kolesterol serta melancarkan proses saluran pencernaan
  • Cepat kenyang dan secara langsung mengurangkan kuantiti makanan yang anda ambil
  • Serat mempunyai kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah dan ia amat sesuai untuk menurunkan berat badan

3. Pilih Makanan Sihat

  • Pilih makanan yang mengandungi omega 3 (lemak baik) seperti ikan salmon dan tuna
  • Elak makanan yang banyak lemak
  • Banyakkan pengambilan buah buahan dan sayur

4. Senaman Dan Bersukan

  • Senaman paling mudah adalah dengan berjalan kaki ( 15 minit sehari )
  • Pilih senaman atau sukan yang sesuai dengan anda
  • Mampu menyihatkan tubuh badan serta menurunkan berat badan

5. Buang  Tabiat Mengunyah Pada Waktu Malam

  • Jauhi tabiat yang mampu menambahkan kalori anda
  • Kalori yang anda ambil pada waktu malam akan bertimbun dan tersimpan sebagai lemak di dalam tubuh

6. Pengambilan Protein

  • Makan makanan yang mengandungi protein yang tinggi kerana ia akan membuat perut anda berasa kenyang
  • Membantu mengurangkan keinginan anda untuk makan

7. Buang Sikap/Tabiat Buruk

  • Buang tabiat atau gaya hidup anda yang telah menyebabkan berat anda menaik
  • Gantikan penggunaan gula biasa dengan gula yang rendah kalori
  • Elakkan penggunaan minyak yang banyak dalam masakan

8. Jadikan Orang Sekeliling Sebagai Semangat

  • Sekiranya anda putus asa atau putus semangat untuk meneruskan misi ,orang sekeliling anda akan membantu anda dalam memberi semangat supaya terus berusaha

9. Rekod/Catat Setiap Perkembangan Diri

  • Sentiasa menulis perkembangan diri dari semasa ke semasa
  • Lebih bersemangat jika anda ada kawan bersama sama dalam proses menurunkan berat badan kerana anda boleh membandingkan perkembangan masing masing

10. Untuk Kesihatan

  • Bukan untuk kelihatan cantik sahaja, malah untuk memastikan tubuh sentiasa sihat untuk lakukan aktiviti harian
  • Sentiasa motivasikan diri sendiri bagi mencapai matlamat yang dingini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat