Bersediakah Pas Mentadbir Malaysia?
PRU 14 ini merupakan yang paling menarik perhatian. PAS yang hadir dengan blok Gagasan Sejahtera datang dengan pelbagai produk FRESH dan pendekatan yang MATANG ternyata mula mengambil tempat di hati pengundi atas pagar yang sudah muak dengan politik korup dan politik fitnah dari 2 blok yang lain.
Namun di sebalik imej yang bersih dan tawaran yang menarik timbul persoalan adakah PAS bersedia mentadbir Malaysia?
Meh aku kongsikan dapatan hasil pembacaan aku dengan produk-produk PAS.
1. MANIFESTO YANG KOMPREHENSIF.
Aku bersembang dengan rakan aku yang merupakan seorang pensyarah di salah satu IPTA yang beliau aktif melakukan penyelidikan. Ternyata beliau mengakui manifesto PAS jauh meninggalkan pencabar di blok lain. Benda ini juga diakui oleh Pensayarah Sains Politik UKM Abdul Muein Abadi dalam kajian beliau. Kalau korang perasan sangat jarang Barisan Nasional dan Pakatan Harapan menceritakan tentang manifesto mereka. Agaknya kenapa? Berlain dengan PAS yang sangat aktif menerang manifesto mereka. Link : https://goo.gl/6G4WRp
2. KERAJAAN TEKNOKRAT.
Ini adalah brilliant idea!
Idea yang mengaagaskan agar menteri yang dilantik kelak adalah dalam kalangan orang yang pakar dalam bidang kementerian tersebut. Boleh dilantik dalam kalangan ahli parlimen mahupun bukan. Objektifnya jelas. Membaiki kerosakan yang ditinggalkan oleh BN. Nak baiki kerosakan? Kita serahkan pada yang pakar. Contoh Menteri kewangan bagi kepada bekas pengarah bank or bekas gabenor negara. Bukannya bagi ke Perdana Menteri yang ternyata ada conflict of interest!
3. CALON TEKNOKRAT.
Nampaknya PAS memang betul-betul serius melaksankan idea Kerajaan Teknokrat ini. Kau tengok lah profile calon-calon dari PAS. Bekas Briged general ada. Pakar Nukleur ada. Timbalan Presiden Perbankan Korporat RHB bank ada. CEO Petronas NGV Sdn Bhd ada. Lagenda bola sepak ada. Yang PHD holder bersepah. Siap ada 2 PHD pun ada. Seriously mengkagumkan!
4. PERANCANGAN JANGKA PANJANG.
Ini lagi satu bukti PAS bersedia. Secara detail ada dalam buku Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).
Perancangan jangka panjang selama 33 TAHUN bagaimana Pas mahu “Create a Better Malaysia”. Siap pecah kepada 3 fasa lagi bro.
Fasa 1 (2018 – 2030) : Menyelesaikan masalah yang membelenggu negara.
Fasa 2 (2031 – 2040) : Membangunkan Malaysia ke arah negara maju.
Fasa 3 (2041 – 2051) : Menjadi Model serantau
Detail dalam WINS ni korang kena cari n baca sendiri lah. Kalau hurai panjang bukannya korang nak baca pun. haha. Link : https://goo.gl/sXN3AC
5. PERANCANGAN EKONOMI YANG JELAS.
Ofkos kita sangat runsing perihal masalah ekonomi. PAS ternyata tidak cakap berdegar-degar. Lahirnya Dokumen Hijau yang terperinci menjelaskan bagaimana cara untuk membaikpulih seterusnya mengurus ekonomi Negara dengan baik ternyata menjadi bukti komitmen PAS dalam membaiki masalah ekonomi Negara. Link : https://goo.gl/m5MkRv
6. PENGALAMAN MENTADBIR.
Pengalaman kejayaan mentadbir Kelantan yang bebas rasuah dan juga Kelantan menerima markah 99 peratus bagi Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016 dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016.
Markah itu adalah yang tertinggi berbanding negeri lain seperti Selangor (96.20 peratus), Pulau Pinang (96.16 peratus), Terengganu (94.50 peratus), Johor (91.30 peratus) dan Kedah (90.01 peratus).
7. DILATIH DI DALAM MINI STATE. Ini ramai yang tidak tahu. Di dalam PAS ia diurus ibarat satu kerajaan. Ada flow of order. Ada organisasi dan SOP yang jelas. Ada jabatan-jabatan. Antara yang mencuri perhatian adalah Jabatan PASTI dan institusi pendidikan di bawah PAS yang lain. Bayangkan sebelum menjadi kerajaan sahaja PAS mampu membangunkan 2000 buah PASTI!
8. PEMIMPIN YANG BERINTERGRITI.
Siapa dalam kalangan kita yang tidak mahukan kerajaan yang sifar rasuah? Inilah kelebihan di dalam PAS ini yang tiada blok lain setakat ini yang mampu tiru. Contoh mudah di Kelantan. Puluhan tahun memerintah masih mengekalkan rekod tanpa rasuah. Sebenarnya Malaysia ini banyak duit kawan2. Cuma yan pemimpin kat atas tu songlap yang buat rakyat jadi kedana ni.
Akhir kata. Terima kasih dan tahniah sebab berjaya baca sampai ke hujung. Haha. Moga ada manfaat untuk rakyat memilih.
Aku harap penulisan aku ini serba sedikit memberi penjelasan kepada korang. Aku alukan segala teguran dan pertanyaan.
Moga Allah pandu kita disetiap langkah kita.
Jika nak #share. Silakan.