Berniaga Apa Pun Boleh Kaya , Bagaimana Caranya ?


Berniaga apa pun boleh kaya, don’t worry.

Tuan, kali ini saya nak kongsi sedikit pandangan buat sesiapa sahaja yang baru nak mula serius dalam perniagaan. Begini, usah buang masa lagi fikir perniagaan apa yang bagus dan boleh cepat bagi kita kaya.

Sebab, semua jenis perniagaan boleh mengkayakan kita. Usaha kita itu hanya asbab, jenis bisnes itu hanya asbab, namun segalanya tidak mampu memberikan kita apa-apa tanpa izin Tuhan.

Saya pernah berjumpa seorang Tua yang berumur hampir 70 tahun di Johor, dia menemui kekayaan hanya dengan menjual dan membekal kerepek. Dia berkahwin dan membesarkan anak-anak juga dengan kerepek! Hari ini beliau kaya dengan kerepek.

 

mainpic

Saya juga pernah berjumpa dengan seorang budak muda yang kaya dengan hanya menjual produk kesihatan di internet. Dia tidak pernah dikenali, memandu kenderaan mewah, diam-diam saja dok kira untung.

Itu belum lagi kisah seorang ibu yang kaya dengan hanya berniaga di pasar malam. Siapa sangka menjual bihun sup di pasar malam boleh menjadikan ibu ini kaya dan mampu membesarkan anak-anak.

Dulu saya pernah berkuli dengan seorang tua bernama Abdullah yang tinggal di Sungai Buluh. Beliau bukan orang tempatan, orang ini datang cari rezeki di Malaysia dengan menjual kain baju di pasar pagi. Dia juga kaya raya di Malaysia.

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Pokok pangkalnya ialah usaha, semua jenis idea bisnes yang terus diusahakan pasti mampu mengkayakan kita. Mesti kena buat dengan berani, bukan buat dengan takut-takut lagi.

Usaha mesti setanding dengan apa yang kita mahu capai, kalau usaha main-main, dapat hasilnya pun main-main sajalah. Kalau usaha alakadar, dapat pun alakadar sajalah.

Usah lagi menipu diri dengan mengatakan wang bukan segala-galanya. Ternyata dengan wang itulah kita mampu membahagiakan ramai orang dan berbuat lebih banyak kebaikan. Belajar menjadi orang yang berfikiran besar dengan usaha-usaha yang besar. InshaAllah, kejayaan selalu bersama kita.

kenapa-nabi-berniaga-1

Salam Maghrib.

Ikram Al-Banjari
Abang Saudagar Jalanan je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat