Lesson “Hermès 101 – The Orange Box Adventure”
Ramai yang tanya, apa yang hebat sangat dengan bag ni?. Memiliki Hermès adalah impian semua pencinta handbag. Dah dapat satu, that’s a treasure. Dapat beli lagi, that’s an adventure. Selepas itu, akan datang kemahuan yang sangat tinggi untuk membeli lagi dan lagi, that’s an obsession.
Jadi apabila ada fake news menunjukkan Hermès beg berderet. Ya, berita tu memang palsu. Tapi apabila ada seorang penyokong mempertikaikan “Mana ada orang bodoh sangat yang beli handbag yang sama lain-lain color” ada puan. Puan yang diluar lingkungan orang-orang tersebut, sebab tu puan tidak tahu.
Bag Hermès yg paling popular adalah #Birkin dan #Kelly Dan semua handbag dia ada range leather atau skin yang berbeza yang kebanyakannya dari kulit anak lembu jantan. Jenis-jenis kulit anak lembu jantan ini juga dinamakan berbeza-beza mengikut cara ianya diproses. Jenis kulit yang paling popular adalah Togo & Epsom
Selain itu, ada range yang lebih mahal menggunakan kulit haiwan eksotik.
- Crocodile skin – ada banyak range, nama berbeza berdasarkan dari mana asalnya. Contoh : Niloticus adalah kulit dari buaya yg berada di Sungai Nile di Afrika;
- Alligator skin
- Lizard skin (selain biawak, mereka juga satu spesis cicak. Ye, cicak! yg diperolehi dari Asia Tenggara & ini sangat rare sebab susah didapati);
- Ostrich leather
Semua handbag Hermès adalah handmade. Itu salah satu lagi kenapa ianya sesuatu yang sofistikated berbanding jenama lain. Handbag Hermès ni, terutama sekali Birkin & Kelly bukan blh dibeli sesuka hati.
- Kena book.
- Lepas tu diorang kena approve.
- Lepas tu tunggu waiting list.
- Lepas tu baru boleh dapat.
- Bila? Tak tau.
- Mungkin beberapa bulan.
- Mungkin juga beberapa setahun.
- Yes, tahun!
- So tunggu je la
Kalau pergi Paris, boleh beratur. Tapi diorang boleh cakap, “sorry no Birkins today” dan dia tidak boleh beritahu bila akan ada. So anda beratur lagi esok. Dan esok lagi. Kalau anda bernasib baik, mungkin pada hari ke 6 atau ke 7, diorang akan cakap, “yes we have Birkin today” atau “yes we do, but we only have size 35 Togo Leather in emerald green”.
Maksudnya, walaupun anda ada duit yang sangat banyak, masih ada kemungkinan yang anda tidak dapat memiliki Birkin/Kelly. Permintaan yang tinggi itu juga merupakan faktor kepada keunikan handbag ini dan membolehkan mereka menetapkan harga handbag tersebut sesuka hati. Jadi, bagi seseorang pencinta handbag yang dapat memiliki, sudah tentu ia memberi satu kepuasan dan kebanggaan yang tidak terhingga.
Harganya berbeza mengikut jenis kulit & saiz. Selain dari itu, harganya diletakkan sesuka hati, tidak pernah sama.
Ada yang berpendapat beli Birkin/Kelly adalah satu pelaburan, sebab harga second hand untuk model tertentu boleh meningkat jauh lebih tinggi dari harga asal.
Selain jenis kulit itu sendiri, hardware yang digunakan juga memberi peranan kepada penetapan harga. Hardware maksudnya buckles, snaps, rings, connectors, chains, etc yg digunakan untuk handbag tersebut. Oh lagi satu, ultimate must have untuk Birkin lovers adalah Himalayan Croc Skin dengan hardware palladium yang berharga dalam USD130K. Harga jualan handbag baru yang biasa bermula dari RM40k. Rekod tertinggi jualan sebuah Birkin adalah USD379K (RM1.5juta) – Ini Himalayan Croc Skin tu jugak, tapi guna hardware emas 18k bertatahkan 240 berlian
Milik siapakah handbag itu agaknya?Gila!, Tapi obsession kepada sesuatu memang satu kegilaan pun. Kalau tak percaya, blh tanya Victoria Beckham. Beliau dilaporkan memiliki lebih 100 Birkin.