Tips Kemas Rumah Untuk Ibu Bapa Yang Sibuk Bekerja
Kemas rumah? Aduh..
Dulu sebelum ada anak yalah, boleh gunakan hujung minggu untuk mengemas rumah dengan pasangan. Senang saja dulu. Pasangan pun sudah faham dengan OCD anda, jadi dia tidak akan berani sepahkan rumah, takut anda membebel pula nanti.
Tapi sekarang lepas ada anak? Aduh… susuh betul hendak kemaskan rumah.. Dengan kerja yang tidak pernah habis. Rumah pun kalau kemas dan bersih sekejap saja. Dalam beberapa minit, ia akan bersepah macam tongkang pecah!
Anak-anak meskipun sudah beberapa kali ditegur mereka asih suka buat sepah juga. Serabutnya macam mana nak buat?
Ha… ibu bapa yang sibuk bekerja tak perlu risau rumah bersih takkan hilang dari kamus anda jika anda bijak mengaturnya.
Rumah Yang Bersih & Kemas Itu Penting
Siapa yang suka duduk dalam rumah yang kotor dan bersepah kan? Rumah yang bersih dapat memberikan ketenangan dan kelegaan kepada pemiliknya. Justeru.. walaupun anda sibuk bekerja, hantar anak ke sekolah atau pasangan ke tempat kerja dan sebagainya, rumah tetap perlu bersih dan kemas.
Jom kita tengok 4 tips yang kami kongsikan untuk anda supaya lebih senag kemas rumah , okay ?
1. Tetapkan reminder
Ada reminder dalam telefon anda, kan? Gunakan ia sebagai reminder untuk rutin harian anda. Contohnya seperti salin penapis udara atau cadar dan sarung bantal. Ia bukan sahaja untuk mencegah kuman, malah ia juga bagus untuk membuang habuk. Satu perkara lagi, jangan lupa untuk membuang sisa-sisa habuk di ats tingkap atau pintu. Jika buat secara rutin, habuk takkan berkumpul banyak sangat.
2. Buang benda tidak penting
Adakah anda tahu, purata manusia ada lebih kurang 300,000 benda dalam rumah mereka? Haa.. semua benda ini bukannya penting sangat pun! Jadi lebih baik anda buang segala benda yang tak penting yang memenuhi rumah anda. Atau pun anda boleh cuba simpan sebarang barang dalam almari besar yang dapat memudahkan anda mengemas rumah. Benda yang tidak penting tidak perlu dikemas keana ia telah disimpan dengan selamat dalam almari!
3. Motivasi anak-anak
Anda ada anak-anak yang semakin meningkat remaja? Cuba idea bijak ini iaitu “pancing” anak-anak untuk bantu anda mengemas rumah dengan memberi mereka sebarang ganjaran yang mereka suka.
Ada sesetengah ibubapa yang sediakan carta untuk suruh anak mereka kemas rumah. Hadiahnya mereka boleh bermain atau dapat makan aiskrim sedap. Apa yang penting anda peru membuat aktiviti mengemas rumah sebagai satu aktiviti yang fun untuk dicuba oleh anak-anak.
4. Ubah definisi “kemas”
Dulu mungkin definisi kemas bagi anda adalah semua barang terletak di tempatnya dan semua permukaan bersih serta licin. Namun, selepas ada anak.. definisi “kemas” perlu ditukar.
Jika anda tukar mindset ini, anda akan lebih tenang dan tidak serabut, percayalah!
Macam mana? Adakah anda sudah bersedia untuk guna tips ini untuk kemas rumah anda? Jangan lupa untuk kongsikan dengan kami tips lain yang anda rasa sesuai!
Slm saya nk tau bgaimana nk brjaya dlm perniagaan saya..saya niaga satey tp sale slow beli brg mahal cust nk murah camna tu..tlg tips..