Main Game Pun Boleh Buat Duit Ke?


eSport

Bermain permainan video telah menjadi sebahagian daripada aktiviti harian bagi masyarakat pada masa kini. Kita sekarang berada dalam era ledakan maklumat dan perkembangan teknologi. Dengan adanya kemudahan internet dan teknologi, ianya membuka ruang kepada orang ramai untuk mengaut keuntungan dari segi material mahupun bukan material.

Selain itu, ianya juga membuka banyak peluang pekerjaan baru yang jauh berbeza dengan pekerjaan pada masa kini. Antaranya ialah menjana pendapatan dengan bermain game atau melibatkan diri dalam industri game ini.

Mungkin masih ramai masyarakat yang masih ragu-ragu, adakah betul dengan hanya bermain game boleh menjana pendapatan. Mudah saja jawapannya, bermain game sememangnya dapat menjana pendapatan, bahkan ada yang menjadi jutawan hasil daripada bermain game.

Malaysia juga mempunyai ramai gamer professional dalam bidang eSport ini. Perkara seperti ini telah meningkatkan motivasi kepada masyarakat terutamanya golongan muda untuk menceburi bidang ini.

Ramai yang fikir, mereka perlu menjadi pemain professional jika ingin mendapatkan duit dalam industri ini. Sebenarnya terdapat banyak bidang yang boleh diceburi untuk mendapatkan duit selain menjadi pro player.

eSport

Ini merupakan antara bidang yang boleh diceburi untuk mendapatkan duit dalam industri eSport.

1. Menjadi Streamer

Menjadi streamer ini menjadi pilihan kebanyakan pro player untuk menjana pendapatan. Jika anda mampu untuk menarik ramai pengikut untuk menonton permainan anda, maka anda akan memperoleh hasil yang lebih mudah.

Kebanyakan streamer pada hari ini menggunakan platform Facebook Gaming dan juga Youtube untuk memperoleh pendapatan.

2. Menjadi Journalist

Anda boleh menjadi journalist dengan menulis untuk website kepunyaan anda ataupun untuk orang lain. Anda boleh menulis berita berkaitan eSport, ulasan tentang kejohanan, temu bual bersama pro player ataupun apa sahaja yang berkaitan dengan eSport.

Jika mempunyai website sendiri, secara tidak langsung anda boleh menjana pendapatan melalui pengiklanan dan langganan.

3. Menjadi Pengurus

Bagi mereka yang kurang mahir untuk bermain game tetapi ingin menceburi bidang ini, pilihan yang boleh depertimangkan ialah menjadi pengurus.

Mereka yang mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi dan menguruskan organisasi boleh mencuba untuk menjadi pengurus kepada pasukan eSport. Jawatan ini sangat menarik dan boleh dicuba kerana mendapat permintaan yang tinggi.

Untuk permulaan, boleh mulakan dengan mengurus pasukan eSport di pringkat bawahan seperti sekolah atau universiti. Ini boleh digunakan untuk membina portfolio dan menambah pengalaman anda.

4. Menjadi Youtuber

Selain membuat stream di Youtube, anda juga boleh menghasilkan content seperti tutorial untuk bermain sesuatu game. Anda juga boleh menjadi Host untuk podcast gaming dengan menjemput pro player untuk temu bual mereka atau membincangkan perkara yang berkaitan game.

5. Menjadi Pengulas atau Caster

Kita tahu bahawa setiap sukan memerlukan pengulas, sama juga dengan eSport. Anda boleh menjadi pengulas dan membuat analisis gameplay untuk perlawanan ataupun kejohanan dianjurkan.

Pendapatan seorang caster juga agak lumayan.

Sebenarnya masih banyak lagi bidang boleh diceburi yang terdapat dalam industri eSport ini. Seseorang itu hanya perlu rajin dan berani untuk melibatkan diri dalam secara serious dalam bidang ini. Apa yang penting untuk mencapai kejayaan adalah semangat dan keyakinan yang tinggi yang terdapat dalam diri seseorang itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat