BELI VOLKSWAGEN (ATAU SEBARANG KERETA) MAKAN DIRI JIKA BELI KERETA TANPA INSURANS DENGAN TERMA “AGREED SUM INSURED”

Sumber Rujukan : Geld Gleichgesinnten

Malam aidilfitiri 2019 yang lepas,dunia aku rasa gelap gelita. Bila aku keluar dari kereta selepas kereta terbabas dan jatuh ke dalam gaung (10 meter), isteri aku berlari keluar kereta sambil menangis mencari anak-anak yang tercampak keluar dari kereta waktu kereta bergolek 3 kali ke bawah gaung dari atas jalan. Syukur, hanya cedera dan pendarahan tanpa sebarang benda yang lebih buruk lagi berlaku pada anak anak.

Video kemalangan di sini : https://youtu.be/xSEjAWyeQx4

Malam tu, urusan kemalangan aku Allah mudahkan. Dari ambulans, bantuan orang kampung, wad kecemasan, laporan polis, laporan insurans, kumpul dokumen untuk insurans claim dan rawatan susulan anak yang cedera perlu tukar harian balut luka dia.

Pastikan Insurans Mempunyai “Agreed Sum Insured”

Dalam posting ni, aku cuma nak berpesan satu benda. Kalau nak beli kereta tu , pastikan insurans korang ada masukkan “agreed sum insured” atau apa saja nama yang setara, zero gap ke apa ke, pastikan benda ni ada sebelum kereta korang keluar dari showroom.

Pasal, benda kalau tak jadi tak apa. Kalau jadi macam aku? Diri sendiri yang susah.

Dalam beberapa hari lepas kemalangan, aku syukur sebab ada kawan2 yg bantu kereta sokongan sampai masalah kereta aku selesai. Aku memang ingat korang tolong aku. Aku ingat.

Insurans Hanya Akan Cover Maksimum Sampai Market Value Kereta.

Waktu ambil insurans dulu, aku tambah special peril, dan windshield. Tapi silap aku tak tambah agreed sum insured. Agen aku pun takde cakap berkenaan benda ni. Jadi, untuk kes aku ni, insurans hanya akan cover maksimum sampai market value kereta.

Engku beli volkswagen, memang aku puji. Kereta VW ni memang comfort. Terbaik dan tip top. Tapi slack dia pada resale/market value especially lepas kes DSG gearbox diorang, harga kereta beli 160k, 3 tahun kemudian jadi Rm50k untuk kereta model Passat.

Untuk kes aku, long story short, aku kena tambah lagi RM15-20k untuk kambus hutang kereta VW aku ni sebelum aku boleh usha pasaran kereta baru/ terpakai.

Jadi, kesimpulannya adalah seperti berikut, beli kereta beli la apa saja yang kau suka. Tapi belilah sekali dengan “agreed sum insured” sebelum keluar dari showroom. Kalau ko tak beli lagi, belum terlambat. Nanti nak renew road tax, tambah sikit terma agree sum insured ni. Ha, supaya dapat cover loan dekat bank esok just incase apa2 hal jadi.

Aku ni macam jatuh, lepas tu kena timpa tangga. Dahla beraya tak seronok sebab kecederaan semua, tambah lagi masalah hutang kereta jadi bawah BER ni.

Jadi, biarlah benda ni jadi kat aku. Tapi, korang belajarlah dari aku. Belilah insurans kereta dengan agree sum insured. Kalau ko baca mesej posting ni sampai sini, ko memang kawan aku. Aku syg ko. Cepat pergi betulkan polisi insurans.

Secara ringkasnya, untuk posting ni ada beberapa action plan yg korang kena buat. Sebagai suami yg baik/ayah yang baik/owner kereta yang baik .

1. Pastikan Polisi Insurans Kereta – 1st party, comprehensive, ada “agreed sum insured”. Lagi baik ada tambah special peril dan windscreen.

2. Pastikan anak yang duduk dibelakang, duduk dengan pasang seat belt. Ada child seat , pastikan telah lock pada ISOFIX tempat duduk dan dipasangkan seat belt.

3. Pastikan tayar dalam keadaan baik dan tidak terlalu tua umurnya. Walaupun bunga masih banyak, jika tayar dan tua, sila tukar kerana tayar sudah kurang grip dengan jalan.

Tq
Geld Gleichgesinnten

P/S:
– just google to learn more about “agreed sum insured”
– doakan untuk saya dan keluarga agar kembali pulih seperti sediakala
– doakan untuk saya agar terbuka pintu rezeki untuk cari duit seketul RM20k nak bayar outstanding dengan bank dalam masa 30 hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat