Mengawasi Anak-Anak Dalam Bermain Gadget


mengawasi

Pada zaman sekarang kita sudah mula menerima baik dengan teknologi yang serba canggih seperti telefon pintar, tab, internet dan sebagainya. Tidak kira peringkat umur, boleh dikatakan setiap individu mempunyai gadget yang hebat lagi canggih ini. Namun, isu anak kecil ketagihan gadget adalah antara yang paling kerap diutarakan. Akibatnya, anak-anak cenderung untuk bermain gadget tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kita sebagai ibu bapa harus mengawasi had pengunaannya untuk mengelakkan anak anda ketagih dengan gadjet. Kita tidak mahu anak- anak kita terdedah dengan sesuatu perkara yang negatif. Oleh itu, saya ingin kongsikan 5 tips untuk ibu bapa atasi anak-anak yang ketagih bermain gadget:

HADKAN WAKTU PENGGUNAAN

Ibu bapa boleh setkan penggunaan gadget buat anak. Contohnya  biarkan bateri gadget dalam low power 20% ke bawah. Dengan cara ini, anak-anak tidak akan bermain gadget dalam tempoh yang lama. Selain itu, ibu bapa juga boleh membuat jadual waktu penggunaan gadget untuk anak-anak bermain tetapi pastikan waktu tersebut tidak terlalu lama.

SENTIASA BERIKAN PENGAWASAN

Dampingi anak – anak  ketika mereka bermain gadget. Ibu bapa juga boleh berbincang mengenai apa saja yang ia mainkan, dan lakukan dengan gadgetnya. Selain menjalin komunikasi, Anda juga boleh sekaligus mengawasi paparan internet terhadap anak dan perilaku mereka di dunia maya. Bila kita sedang mengawasi anak, usahakan jangan sibuk dengan gadget anda sendiri.

BERIKAN PENGAJARAN MENGENAI PERILAKU DI INTERNET

Jika anda melihat konten yang tidak sesuai dengan anak anda, menegur dan memberikan penjelasan bahawa konten tersebut tidak baik untuknya. Begitupun ketika dia melihat info – info yang kurang baik ataupun negatif, ajak mereka untuk membincangkannya. Jangan lupa mengingatkan anak anda agar tidak mudah memberikan maklumat pribadi kepada orang yang tidak dikenali atau aplikasi yang tidak jelas. Anda sebaiknya jangan berlebihan mempamerkan anak – anak  di media sosial. Hal ini demi mencegah perkara – perkara yang tidak diingini berlaku.

BIARKAN ANAK BERMAIN TANPA GADJET

Dorong anak-anak untuk bermain di dalam mahupun di luar rumah tanpa gadget. Tujuannya agar mereka memiliki waktu berkualiti  yang tidak dihabiskan untuk bermain gadjet. Selain bermanfaat untuk fizikal anak – anak, bermain tanpa gadget juga boleh merangsang perkembangan anak – anak.  Simpan gadget anda saat mereka sedang bermain agar merekaa tidak tergoda untuk memegangnya.

KENALKAN BUKU YANG MENARIK PERHATIAN ANAK

Membeli buku yang dapat menarik perhatian mereka. Contohnya buku untuk mewarna ataupun buku yang mempunyai gambar – gambar yang menarik dan cantik yang disukai anak – anak. Sebaiknya kenalkan kepada anak- anak dengan gambar – gambar yang ada didalam buku dan ajak mereka bermain teka – teki. Apabila cara ini sering dilakukan mereka akan lebih gemar membaca buku daripada bermain gadjet.

SISTEM GANJARAN

Cara ini lebih sesuai dalam mendidik anak untuk berusaha terlebih dahulu untuk mencapai kejayaan. Sebagai contoh, si ibu meminta anak untuk membersihkan bilik tidur bersama-sama dan akan mendapat ganjaran bermain gadget sesudah itu.

Kesimpulanya peranan ibu bapa sangatlah penting dalam didikan anak-anak. Ibu bapa seharusnya peka dan lebih tahu tentang perkembangan anak mereka. Jadi, ibu bapa perlu bekerjasama dalam mendidik anak-anak menjadi seorang yang berguna dan tidak hanya bergantung pada teknologi masa kini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat