INFO TRAGEDI : Anak Tahfiz Van Dinaiki Terbabas, 6 Orang Yang Meninggal


Kira-kira lima orang pelajar dari Maahad Tahfiz Al – Hashimi, Kampung Tualang, Kuala Krai dilaporkan maut selepas van yang dinaiki mereka bersama 9 orang yang lain  termasuk 2 orang ustaz telah terbabas merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj berkata, van dinaiki 14 pelajar tahfiz dalam perjalanan dari Kuala Krai ke arah Kota Bharu.

“bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian van berkenaan terbabas dan merempuh sebuah rumah di tepi jalan.”

Menurut sumber pelajar-pelajar tahfiz ini sedang menuju ke Madinah Ramadhan Kota Bharu untuk menyertai program daurah tafsir Al-Quran.

Senarai pelajar yang meninggal dunia:

  1. Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18
  2. Muhamad Rahman Rozali,17
  3. Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16
  4. Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, , 14
  5. Sarifuddin Muhammad, 14
  6. Ahmad Farhan Zulkifli, 14

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat