Wartawan Lancar Buat Liputan Dalam Enam Bahasa Tular di Media Sosial


Pergolakan yang berlaku di Ukraine berjaya menarik liputan media dari seluruh dunia. Namun, liputan berita daripada seorang wartawan ini lebih menyerlah daripada yang lain.

Warganet tidak dapat menafikan kehebatan seorang wartawan, Phillip Crowther yang membuat liputan dalam pelbagai bahasa dengan cukup lancar mengenai peperangan di Ukraine.

Memetik laman berita Indy 100, Phillip Crowther merupakan seorang koresponden antarabangsa bagi agensi berita Associted Press (AP).

Beliau telah memaparkan kemampuannya bertutur dalam enam bahasa berbeza iaitu Bahasa Inggeris, Luxembourgish, Sepanyol, Perancis dan Jerman secara langsung dengan berlatarbelakangkan bangunan Freedom Square di ibu negara Ukraine.

Wartawan warga Britain-Jerman-Luxembourg itu telah membuat liputan secara langsung dari Kyiv mengenai krisis Rusia-Ukraine bagi stesen penyiar berita di seluruh dunia.

Liputan Phillip Crowther Tarik Perhatian Warganet

Crowther yang memuat naik video tersebut di laman sosial Twitter peribadinya berjaya meraih perhatian pengguna Twitter seluruh dunia sehingga mengumpul 24.2 juta tontonan dalam masa empat hari sahaja.

Rata-rata pengguna terkesima dengan kemampuan Crowther bertutur dalam pelbagai bahasa. Pengguna Twitter turut memuji dialek wartawan ini yang sangat halus dan kelancarannya yang lebih baik berbanding orang tempatan.

Paparan video di Twitter ini juga telah menarik Duolingo, sebuah aplikasi pembelajaran bahasa popular untuk turut memberikan komen positif buat wartawan ini.

Kebolehan wartawan ini juga secara tidak langsung telah menginspirasikan orang ramai untuk belajar bahasa asing.

Anda boleh tonton sendiri kepetahan wartawan ini seperti perkongsian di bawah.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat