Bagaimana WowKawKaw™ Membina Jenama Dari Hanya Angan-Angan Dan Menjadi Realiti


Amaran kisah ini agak panjang!

Perkongsian ini hanyalah bertujuaan untuk memberi inspirasi kepada generasi muda yang ‘Kita Boleh Lakukan, Jika Kita Mahu’ .

Ini berdasarkan kisah benar,
Ceritanya bermula di mana hanya dengan seorang insan biasa, seorang student di UIAM yang mempunyai cita- cita besar ingin mempunyai Empayar Business dan Jenama yang Global dikenali seluruh dunia.

WowKawKaw adalah jenama yang dicipta melalui ekspresi manusia. ‘WOW‘ adalah perkataan yang akan keluar secara automatik apabila kita lihat sesuatu yang bagus. ‘KawKaw‘ pula ialah berasal dari perkataan cina ‘GouGou‘ yang bermaksud ‘Kuat‘. Masyarakat kita sering menggunakan perkataan ini apabila merasakan sesuatu yang terbaik. Jadi kami pilih untuk gabungkan dan jadi kan satu jenama.

wow2

Bagaimana idea nama WowKawKaw ini muncul?

Ianya bermula apabila Founder nya – Naeem Zaidi .( aaron naeem ) mengalami satu kemalangan dalam pertandingan Rugby. Yang mana kemalangan tersebut membuatkannya tidak boleh berjalan selama 6 bulan. Musibah ini membuatkan beliau sedar selama 24 tahun hidup dan sihat ini beliau tidak dapat berjasa atau memberi manfaat kepada orang lain. Hal ini membuatkan beliau nekad untuk membina satu perniagaan dengan bertujuan ingin membantu lebih ramai anak muda untuk mencapai matlamat hidup dengan perniagaan.

Masalah utama yang beliau sendiri hadapi selama bergelar ‘student’ ialah student ada banyak sangat masa yang mereka tidak gunakan sebaik mungkin. Perkara ini yang memandu mereka membuat perkara yang tidak bermanfaat dan malah ramai yang yang terlibat ke kancah gejala negatif.

Waktu muda atau remaja adalah waktu terbaik jika anda ingin mencapai sesuatu impian. Ini disebabkan ini adalah waktu yang mana. Anda paling semangat/sihat/ bertenaga/ kuat . Bahkan ini adalah waktu yang paling kurang komitmen dalam hidup. Segala nikmat ini sepatunya digunakan sebaik mungkin.

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Jadi apa yang WowKawKaw cuba lakukan ialah untuk menunjukkan contoh dahulu bahawa kami dapat lakukan dan manfaat waktu muda kami untuk lakukan perniagaan. Dan kami yakin anda pasti juga dapat lakukan lebih dari kami. Justeru itu, kami amatlah mengalukan jika ada student yang ingin bertanya kan hal- hal tentang memulakan perniagaan. Kami akan tolong yang termampu.

Berikut adalah kejayaan – kejayaan kecil yang kami capai:

1) Sebulan beroperasi kami disapa oleh Berita Harian Online untuk berkongsi pengalaman berniaga di ruangan Varsiti.

2) UIAM memberi kepercayaan kepada team WKK untuk membawa produk kami ke pertandingan National Entreprenuership Challenge 2016 di UMP anjuran MyPEC. Satu pengalaman berharga dan kami berjaya dapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut.

wow3

 

3) Sekali lagi diberi kepercayaan oleh pihak UIAM untuk menyertai pertandingan REAL Business Challenge di UMT anjuran Kementerian Pendidikan. Alhamdulillah kami berjaya mendapat Johan untuk pertandingan tersebut.

wow4

4) Disapa oleh Iiumtoday Newspaper untuk menceritakan pengalaman perniagaan dan pertandingan yang dimenangi.

5) Dijemput untuk memberi perkongsian di @iiumfm tentang pengalaman perniagaan dan pertandingan yang dimenangi.

wow5

6) Dijemput oleh TVSRC untuk menceritakan dan berkongsi pengalaman perniagaan dan perjalanan Wowkawkaw.

7) Dijemput oleh TVAlhijrah untuk rancangan Assalamualaikum untuk berkongsi tentang perniagaan dan memberi saranan kepada anak muda untuk berniaga.

wow1

Alhamdulillah kini kami sudah capai beberapa kejayaan kecil dalam masa setahun lebih yang kami rasa patut kami kongsikan dengan tujuan memberi inspirasi kepada anak- anak muda untuk terus berjuang dalam dunia perniagaan. Kami yakin anda boleh buat lebih baik.

Kisah kami hanya bermula. Doakan kami terus maju jaya untuk membantu ekonomi umat Islam dan terus memberikan nilai- nilai kebahagiaan kepada anda semua.

“Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain”

www.wowkawkaw.com

wow7

wow12

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat