Malaysia Manfaatkan Peluang, Indonesia Tersilap Saat Akhir
JURULATIH Indonesia Luis Milla Aspas mengakui kesilapan pasukannya pada saat akhir menjadi punca kekalahan 0-1 pasukannya kepada Malaysia, malam tadi.
Disamping itu, mengakui Malaysia sangat berbahaya ketika situasi bola mati, bagaimanapun Aspas tetap memuji persembahan anak buah beliau yang berjuang hingga minit terakhir.
“Bagi saya, perlawanan malam ini 50-50, siapa yang memanfaatkan peluang mereka akan menang.
“Kami melakukan sedikit kesilapan pada saat akhir dan Malaysia memanfaatkan peluang itu, jadi mereka berhak menang.
” Kami memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol, namun gagal.
“ Saya tetap berpuas hati dengan permainan pemain saya,” katanya selepas perlawanan.
Pada perlawanan semalam Thanabalan menjadi wira Malaysia dengan jaringan minit ke-87 yang membawa skuad negara ke pentas final untuk berdepan dengan Thailand pada Selasa ini
N Thanabalan muncul wira Malaysia apabila jaringannya pada minit ke-87 membawa skuad negara ke final untuk berdepan Thailand, Selasa ini. Sekali gus, melenyapkan hasrat Sittichok Kannoo, penyerang muda Thailand untuk bertemu Indonesia.
Pertemuan itu sekali gus dilihat sebagai ulangan final pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2001 yang menyaksikan Thailand menang 1-0.