Awas! Lima Bahagian Ayam Beracun


Tak ada kerja Doktor Vet(doktor haiwan) nak suntik beratas ratus ribu ekor ayam dengan suntikan hormon semata mata nak cepat besar. Kalau pekerja buat pula, berapa banyak pula kos upah pekerja nak cucuk ayam sedangkan kalau boleh pemilik ladang nak kurangkan kos pekerja. Cucuk pula ni perlukan kemahiran. Salah cucuk, akan menyebabkan cedera atau mati ayam itu, syarikat ayam akan mengalami kerugian. Kalau wujud hormon itu pun pastilah harga ayam yang dijual sangat mahal, mencanak naik harga ayam.

“Cuma saya nak tanya juga, mana nak dapat hormon babi? Sepanjang saya hidup tak pernah nampak Kalau ada boleh tunjuk? Nak tengok juga.”

Habis itu, macam mana ayam boleh gemuk dan cepat besar?

Ayam cepat besar sebab beberapa faktor utama iaitu:

1. Pemilihan baka

Ayam pedaging di Malaysia adalah majoriti daripada baka ayam Ross atau Cobb. Ia adalah baka ayam pedaging berasal daripada Amerika Syarikat dengan kebolehan tumbesaran yang pantas. Serupa macam manusia jugalah, cuba bandingkan tubuh badan rakyat Amerika atau UK dengan Malaysia. Siapa lagi besar? Hmmm….

2. Pemakanan

Ayam diberi makan secara berterusan “ad libitum” dengan makanan yang “well formulated”. Hidupnya hanya untuk makan. Ayam diternak secara intensif dalam ‘open/close house’, ayam tak banyak bergerak . Jadi tidak banyak energy loss. Feed conversion ratio (FCR) ayam yang rendah.

3. Amalan penternakan baik

Pengurusan kesihatan ternakan yang baik. Mencegah sesungguhnya memang lebih baik daripada mengubati. Ayam-ayam ini diberikan vaksin imunisasi sejak dari anak ayam lagi, macam bayi juga. Vaksin ini selamat, bukan agent yahudi ye. Kalau nak ceita bab vaksin ni boleh another chapter, panjangnya. Vaksin dekat ayam ni biasanya titik dekat mata, titik dekat mulut, atau letak dekat bekas minuman. Adoi, tak larat nak inject/cucuk seekor seekor. Biosekuriti ladang yang ketat. Kawalan sisa ladang dan pencemaran serta amalan kebajikan haiwan yang baik juga faktor penyumbang ayam cepat membesar. Kalau ayam didera, ‘environment’ yang tidak kondusif memang kurus, stress la.

Gabungan antara kesemua elemen itu antara sebab ayam boleh gemuk dan besar dengan cepat dan boleh mencapai berat 2.2kg dalam jangka masa 35-40 hari. Tidak mustahil, dengan kemajuan pembiakbakaan, makanan dan kesihatan, mungkin ayam boleh membesar dalam masa 25-30 hari sahaja.

Baguslah sebenarnya ayam cepat besar sebab mulut yang nak makannya ramai. This is good for food security. Janganlah boikot melulu atau cuba menjatuhkan industri ayam di Malaysia.

Habis tu kenapa ada kes ayam lebam?

Kesan ayam lebam biasanya disebabkan kekasaran mengendali ayam sebelum disembelih atau ketika pemprosesan ayam selepas disembelih.

Ada juga bertanya kenapa ayam ni bila masak cepat basi?

Kalau kes ayam basi, ia adalah disebabkan proses menyimpanan dan pengendalian makanan yang tidak elok. Jangan salahkan ayam. Ayam tidak bersalah. Yang bersalah adalah bakteria dan mungkin sebab diri sendiri juga puncanya. Contohnya,ayam diletak pada suhu yang tidak sesuai. Ambil daging ayam menggunakan tangan. Bercampur-campur senduk pula. Apabila berlaku kecuaian ketika penyimpanan dan pengendalian makanan, makanan mudah basi disebabkan dijangkiti bakteria. Bakteria ada toksin. Ia boleh menyebabkan makanan rosak dan kemudian keracunan makanan kepada pengguna pula.

Kebanyakan orang biasanya sensitif dengan isu babi, yahudi, wahabi. Jadi kalau hendak menjatuhkan sesuatu barang atau menjatuhkan reputasi seseorang mereka suka melabel atau tabur racun dan fitnah. Lain sikit pandangan agama dituduh wahabi. Makanan kalau sedap je, dituduh mengandungi ramuan babi. Petah bercakap je dituduh nak jadi YB. Kalau orang itu hebat “ Eh, dia itu, agent yahudi”.

Sebenarnya kita tidak boleh juga salahkan netizen. Saya pun sebelum belajar dan menjadi Doktor Veterinar, jujur saya pun tak tahu kisah sebenar. Keluarga saya memang makan ayam yang di ‘claim organik’ . Selepas belajar dan pernah pergi ke ladang ayam dan tengok dengan mata sendiri, kemudian baru saya tahu cerita sebenar. Jangan tipulah kalau kita lahir-lahir terus pandai kan. Jadi jangan percaya mitos mengatakan ayam di cucuk sana sini. Jangan percaya sepenuhnya dengan Mr Google. Kerana tidak semua maklumat tepat. Habis, kawan-kawan saya dekat ladang ayam majoriti melenting dengan isu ini. Mereka sudah angkat sumpah sebelum menjadi Doktor Veterinar dan mereka tidak akan mungkir.
Ikhrar berbunyi :

“ Dengan diterimanya saya ke dalam Ikhtisas Kedoktoran Veterinar, saya bertekad akan menyumbang segenapnya daya dan pengetahuan saya bagi kebajikan masyarakat, mengekalkan sumber ternakan dan mengelakkan penderitaan kepada haiwan.Ikrar ini saya buat dengan penuh keazaman dan kerelaan semoga direstui Tuhan.”

Kalau mereka terluka, siapa yang nak pujuk? Aiyooo saya tak tahu

p/s: Baru ambil sample beberapa ekor najis ayam pun muka dah pucat lesu.Cuba bayangkan kalau kena cucuk beratus ratus ribu ekor ayam. Agak-agak, apa akan jadi? Gambar hiasan

Image may contain: one or more people, shoes and outdoor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat