“Dia Buat Macam Atuk Dia..” Tenang Berada Di Tepi Tan Sri Muhyiddin, Adik Ini Buat Ramai Faham


Dunia kanak-kanak semestinya bukan seperti dunia kita orang yang sudah dewasa dan berumur. Mereka ini diibaratkan baru sahaja melangkah ke alam dunia, mulai kenal kawan dan lawan. Itu pun ketika bermain bersama kawan-kawan.

Oleh sebab itu, kita jangan sesekali memarahi dan menengking anak-anak dek kerana sikap mereka yang manja dan banyak meragam. Mungkin jiwa mereka tidak sekental dan setabah kita lagi.

Namun jiwa mereka lebih jujur berbanding kita. Percakapan mereka serta gerak geri mereka akan menunjukkan semuanya. Seperti yang kita ketahui, anak-anak akan menjauhkan diri daripada persekitaran ataupun individu yang mempunyai aura negatif.

“Dia Buat Macam Atuk Dia..” Tenang Berada Di Tepi Tan Sri Muhyiddin, Adik Ini Buat Ramai Faham

Namun bila mana kanak-kanak boleh berada dan berdiri serta asyik memandang seseorang yang pangkatnya tinggi tanpa rasa takut sedikit pun, pasti adanya aura positif di sekeliling itu. Seperti mana video viral menerusi aplikasi TikTok yang dikongsikan oleh Friendsofmuhyiddinyassin.

Video yang memaparkan seorang kanak-kanak sedang asyik melihat dan memerhati susuk tubuh yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh tanpa rasa takut. Bahkan dia kelihatan agak lama berada di situ memerhati Tan Sri Muhyiddin berborak.

Kanak-kanak berkenaan yang memakai baju merah dan seluar jeans pada ketika itu berdiri tidak jauh dari beliau, menyandarkan badannya pada meja dan memerhati susuk tubuh yang berada di depannya.

Kelakuan adik tersebut membuatkan orang ramai faham, malah ramai penonton video berkenaan faham mengapa adik berkenaan boleh berdiri di tepi beliau dengan baik-baik sahaja.

Amboi dik, kau punya kawan lepak bukan kaleng-kaleng..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang menulis, mesti kanak-kanak tersebut teruja dan berkata, zaman atuk (Tan Sri Muhyiddin memerintah) dia cuti sekolah paling panjang.

“Mesti dia teruja dan berkata zaman atuk ni aku cuti sekolah paling panjang..”, tulis Annuar Rodzuan.

Tidak kurang juga, ada yang menulis, budak tak pernah menipu. Dia selesa bersama orang yang baik. “budak tak pernah menipu. Dia selesa bersama orang yang baik” – .

Dalam masa yang sama ada juga yang berseloroh, amboi kau punya kawan lepak bukan kaleng-kaleng. “Amboi dik.. kau punya kawan lepak bukan kaleng-kaleng”, tulis pemilik akaun TikTok marad3436.

Mungkin cara atau kriteria yang ditonjolkan oleh Tan Sri Muhyiddin ini yang membuatkan kanak-kanak berkenaan berasa selesa untuk tetap berada di situ. Walaupun dia tidak kenal siapakah gerangan susuk tubuh di depannya.

Sekalipun anak kecil itu tahu beliau adalah bekas Perdana Menteri mungkin sikapnya tetap sedemikian rupa. Kerana anak-anak bukan tahu pun apa itu Perdana Menteri. Mereka dengar sahaja namun mereka masih tidak dapat memahami secara mendalam lagi. Cukup sekadar mereka ini ada adab dan tetap menghormati orang yang lebih tua.

Apa pun, ini hanyalah perkongsian untuk hiburan semata-mata. Tiada kaitan sama ada memilih atau untuk menyebelahi mana-mana pihak.

Sumber: TikTok friendsofmuhyiddinyassin

Baca juga: BN Lancar Manifesto Esok (Isnin), 10 Teras & 99 Tawaran Akan Dinikmati Pelbagai Golongan Masyarakat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat