SPRM Rampas Dokumen Di Pejabat Felda


Anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tadi tiba di Menara Felda hari ini dipercayai untuk mengambil dokumen berkaitan siasatan terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Mereka turut dilihat membawa beg dokumen. Difahamkan, pasukan SPRM itu mahu mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan di pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FGV, Datuk Zakaria Arshad yang ditempatkan di tingkat 45 bangunan terbabit dan dijangka selesai pada 3 petang.

Suasana di lobi menara felda juga dilihat meriah dengan kehadiran puluhan wartawan dari pelbagai agensi tempatan dan luar negara.

Semalam – Datuk Zakaria Arshad diarahkan bercuti serta merta yang diberikan kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Berhad (FGV). Semalam, Zakaria tampil di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dengan berbekalkan beberapa dokumen berhubung FGV untuk memberi keteranga.

Datuk Zakaria semalam memberi keterangan berhubung dakwaan terhadapnya mengenai isu tunggakan bayaran syarikat Aafitex kepada Delima Oil Product.

Tag:

Satu komen untuk “SPRM Rampas Dokumen Di Pejabat Felda”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat