Najib Terima Kunjungan Hormat Speaker Parlimen Korea Selatan

Sumber Rujukan : 23-Mac, Utusan Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat daripada Speaker Parlimen Korea Selatan, Chung Syekyun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Kedua-dua pemimpin itu mengambil peluang membincangkan pelbagai isu semasa dalam pertemuan 25 minit itu yang bermula pukul 9.45 pagi.

Terdahulu, Najib menyampaikan ucaptama pada Forum Transformasi Global (GTF) di Dewan Pleno, KLCC.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dan beramah mesra dengan para peserta dan delegasi forum selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Transfomasi Global 2017, turut mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. Sumber foto: MalaysiaGazette; kredit: Noor Asrekuzairey Salim

Sye-kyun yang mengetuai 10 anggota delegasi turut mengadakan kunjungan hormat terhadap Speaker Dewan Negara, Datuk Seri SA Vigneswaran, di Parlimen hari ini. – BERNAMA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat