Apa Sebab Running Man Mampu Mendapat Rangking Tertinggi


Apa sebab Running Man mampu mendapat jutaan ahli tribe / super fans / die hard fans / true fans dari seluruh dunia?

Angka tepat saya tidak tahu. Lihat pada ranking siaran dan sambutan yang diterima setiap kali mereka ke luar negara. Suasana di airport sahaja sudah cukup membuktikannya.

Tempoh hari semasa berdiskusi dengan tim Modul Khabar Gembira (MKG 2.0), kami menyebut perihal ini.

Ada tujuh karakter berbeza dalam Running Man.

Setiap satu karakter mempunyai tribe sendiri.

Running Man secara keseluruhannya juga mempunyai tribe sendiri.

 

b

Gabungan tribe Running Man menyumbang kepada angka besar semua kategori fans mereka.

Begitu juga yang berlaku pada K-pop idol group. EXO sahaja ada 12 ahli dengan karakter masing-masing tersendiri. Daripada 12 orang itu, dibahagi pula kepada dua sub-group iaitu EXO-K (Korean) dan EXO-M (Mandarin) untuk pasaran China.

Disebabkan jumlah peminat tegar yang begitu besar, maka ahli EXO apabila ke mana-mana untuk konsert tour, hanya boleh keluar hotel untuk buat persembahan. Selainnya, perlu berkurung sahaja dalam bilik. Tidak boleh bersiar-siar sendiri, tidak ada peluang melancong dengan bebas, walaupun berada di luar Korea Selatan. Dan sentiasa diiringi oleh pengawal keselamatan yang ramai.

Seperti siri MKG 2.0. Kami mencipta lapan watak termasuk seekor kucing, dengan karakter berbeza. Model sama dengan Running Man.

 

z

Setiap watak ada biodata lengkap. Termasuklah ayat yang mereka suka ucapkan. Dan masing-masing ada warna sendiri.

Semua dirancang bagi masa depan karya itu sendiri. Boleh dijadikan merchandise termasuk figurine.

Kalau ada yang perasan, model yang lebih kurang sama digunakan oleh Boboi Boy.

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Penulis dan penerbit mesti bekerjasama dalam merangka karya, dan bukan sekadar fikir idea – tulis – terbit. Mesti ada perancangan masa depan, matlamat jangka panjang. Bukan hanya terbit untuk bernafas setahun dua di pasaran.

Seperti Doraemon yang masih hidup sehingga hari ini dengan siri-siri baru, walaupun Profesor Fujimoto Hiroshi yang melukisnya sudah lama meninggal dunia.

 

index

Apabila memandang sesuatu, pandang bukan hanya yang jelek. Pandang bukan untuk mencari-cari kesalahan. Pandang bukan demi menunjukkan kita mulia dan mereka tidak. Bukan dengan mind setting ‘kau kafir, aku ahli syurga.’

Pandang lebih dalam, pandang lebih jauh. Pandang dari helicopter view.

Belajar. Tiruvasi.

Kita sentiasa boleh jadi lebih baik.

Ketahui bagaimana kami membantu melonjakkan jualan pemilik ecommerce, mengumpulkan dana serta keahlian bagi gerakan NGO & menguruskan infrastruktur IT bagi syarikat korporat & persendirian. Hubungi Kami Sekarang

Ketahui bagaimana kami membantu melonjakkan jualan pemilik ecommerce, mengumpulkan dana serta keahlian bagi gerakan NGO & menguruskan infrastruktur IT bagi syarikat korporat & persendirian.
Hubungi Kami Sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat