“Penat Aku Gelak..” Anak Selamba Duduk & Makan Pasir Tahi Kucing Buat Ibu Panik


Memiliki anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Anak-anak merupakan anugerah dan rezeki yang diberi daripada Tuhan untuk dijaga sebaiknya. Sebagai ibu bapa, mereka menggalas tanggungjawab yang sangat besar dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

Namun begitu, kadangkala ramai para ibu bapa hilang sabar dek kerana sikap anak mereka yang terlalu aktif. Senang cakap, tak duduk diam. Waktu yang mereka diam adalah saat mereka tidur.

Pasti ianya bukan mudah. Lebih-lebih lagi dalam masa yang sama kita mempunyai anak yang ramai. Suami pula bekerja jauh dan banyak perkara yang perlu dilakukan di rumah. Sehinggakan kadang-kadang tak terlarang dan terlihat apa yang anak buat.

“Penat Aku Gelak..” Anak Selamba Duduk & Makan Pasir Tahi Kucing Buat Ibu Panik

Seperti mana sebuah video yang dikongsikan oleh Puan Izzah menerusi aplikasi TikTok, apabila anaknya tiba-tiba dilihat makan pasir tahi kucing.

Pastinya ianya ada situasi yang cukup mengejutkan bila mana melihat si anak selamba berada di dalam sangkar kucing. Bukan sekadar duduk sahaja, namun anaknya itu sempat memasukkan pasir ke dalam mulut.

Tidak tahu berapa banyak sudah masukkan ke dalam mulut, namun selepas sahaja Puan Izzah mendapati anaknya makan pasir tahi kucing itu, dia dengan lantas mengorek mulut anaknya dan memandikannya dengan Dettol.

Kejadian tersebut berlaku apabila si anak tidak dipantau oleh orang dewasa. Menurut Puan Izzah, suaminya pada ketika itu tiada di sisi kerana mereka adalah Pasangan Jarak Jauh (PJJ). Dalam masa yang sama, dia juga berniaga dan menjaga ayahnya yang sudah 12 tahun terlantar sakit kerana stroke.

Walaupun takde anak lagi, aku dapa rasa tekanan tu..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang meluahkan rasa risau dan menyarankan agar Puan Izzah membawa anaknya ke Klinik bagi melakukan ujian kesihatan.

“Please please please take him to the hospital. Sbb poop kucing ada bacteria yang boleh attack otak tau”, tulis pemilik akaun TikTok grielle2112

Dalam masa yang sama ada juga yang turut menyatakan, walaupun tiada anak lagi namun dia tetap dapat merasakan tekanan mempunyai anak.  “Walaupun takde anak lagi, aku dapa rasa tekanan tu”, tulis mile.

Manakala pemilik akaun TikTok dengan nama Dayah pula meninggalkan komen menyatakan, geli dengan apa yang dilakukan adik tersebut. Turut bertanya apa yang adik ini ingin jelajah. “werkkkkkkk anak oii. ko nak jelajah agak-agak la dikk”.

pasir tahi kucing

Membesarkan anak dari mereka kecil sehinggalah menjadi dewasa dan berjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak liku-liku dan duri yang perlu ditempuhi. Bukan sahaja wang ringgit yang habis, kesabaran juga seringkali berada pada tahap yang terendah.

Penat, pastinya. Lebih-lebih lagi jika terlampau banyak beban dan tugasan yang perlu dilakukan. Seperti yang dilalui oleh Puan Izzah inilah. Bila dan bagaimana anaknya boleh masuk dan makan pasir tahi kucing pun dia tidak sedar.

Walau apapun, semoga Puan Izzah diberikan kekuatan dan ketabahan untuk memikul tanggungjawab ini.

Sumber: TikTok ڤوان ايزاه

Baca juga: Perikatan Nasional Tidak Terima Tawaran DS Anuar Untuk Sertai Kerajaan Persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat