Pemuda Yang Membunuh 3 Ekor Kucing Dalam Mesin Basuh Itu Telah Didakwa Tetapi…


Baru-baru ini tular tentang satu video seorang lelaki tidak berperikemanusiaan yang memasukkan kucing ke dalam mesin basuh sehingga menyebabkan kucing-kucing tersebut mati di kedai dobi di Desa Aman Puri,Kepong.Kejadian sebegini dilaporkan kali kedua di negara ini, susulan 5 Disember tahun lalu, seorang pekerja kontrak yang memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri dihukum penjara 34 bulan dan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Seskyen Selayang.

Walaubagaimanapun,lelaki itu telah didakwa hari ini dan dituduh mengikut Subseksyen 29 (1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Foto:Fathil Asri

Terdahulu, Pegawai Pendakwa N. Naageswara Rao daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor memohon tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia untuk mendapatkan pemerhatian lanjut memandangkan perwatakan tertuduh yang tidak stabil.

Muhammad Najwan yang tidak diwakili peguam tidak membuat rayuan. Mahkamah memberi kebenaran supaya tertuduh untuk dihantar ke Hospital Bahagia di Ulu Kinta Perak untuk pemeriksaan kesihatan selama sebulan dan menetapkan 13 Ogos untuk sebutan semula kes.

Lelaki itu yang dikatakan kurang siuman dan hidup gelandangan selepas kematian ibu bapanya diserahkan terhadap penguatkuasa JPV.

Sumber:Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat