Henti Sebar “Info Berguna” Yang Menyesatkan

Sumber Rujukan : Mahyuddin Mohamed

Sebelum ini tular di media sosial akan ‘Info Berguna’ yang mana kononnnya sakit pada bahagian tertentu di anggota badan adalah berpunca daripada pengaliran darah yang tidak sempurna.

Mesej berantai berkenaan telah tersebar dengan meluas dan secara tidak langsung menyebabkan orang ramai boleh terkeliru dan percaya akan apa yang ditulis oleh mesej berantai tersebut tanpa ada kajian yang membuktikan.

Terkesan dengan penyebaran tersebut, seorang doktor, yang juga seorang pakat ortopedik, iaitu Dr Mahyuddin Mohamed telah kongsikan maklumat penting yang menyangkal sama sekali apa yang tertulis pada mesej yang telah viral itu.

Mari kita ikuti penulisan dari Dr Mahyuddin dan perbetulkan apa yang salah.

“Info berguna” katanya. Mudahnya buat kesimpulan berdasarkan 1 masalah. Lepas tu ramai pula yang share dan kongsi. Saya cuma nak ambil satu sahaja.

Sakit di bahagian bahu: menandakan saluran darah telah menjadi keras & fungsi metabolisma tidak seimbang.

Info ini sememangnya sesat & menyesatkan. Kalau macam ni, setiap seorang daripada 30 juta rakyat Malaysia pun boleh jadi Doktor & buat diagnosis.

Salur darah apa yang keras? Subcalvian artery? Axillary artery? Axillary vein? Carotid vessels?

Fungsi metabolisma apa yang tidak seimbang???

Manusia mana yang pandai sangat tulis info yang mengarut ni?

Sakit bahu itu pun jika mengikut ilmu perubatan amat luas. Sebab itu ia akan dirujuk kepada Pakar Ortopedik secara khusus. Pakar Bedah, Pakar Perubatan, Pakar Mata & Pakar-pakar yang lain pun akan rujuk kepada Pakar Ortopedik.

Ilmu perubatan kami amat khusus & mendalam. Rawatan pun amat khusus. Kami tidak akan mengaku merawat semua perkara & diluar bidang ilmu kami. Bukan macam tukang urut yang menyalahkan urat & angin untuk setiap perkara.

“Ohh, ni angin ni…”
“Ohh, ni urat ni…”

Jika bercakap pasal sakit bahu, ada beberapa kemungkinan. Jika pernah jatuh atau eksiden, perlu pastikan tiada tulang yang patah atau otot yang koyak. Namun, jika tidak pernah tercedera, antara (maksudnya masih ada banyak lagi yang lain) kemungkinan diagnosis adalah:

Rotator Cuff Tear (Kekoyakan Otot Rotator cuffs)
Otot sendi bahu yang terdiri daripada Supraspinatus, Infraspinatus, Teres Minor & Subscapularis. Setiap satu daripada 4 otot ini ada cara yang berbeza untuk diperiksa)

Impingement Syndrome 
Otot/tendon Supraspinatus terperangkap di bawah tulang Acromium pesakit. Yang ini, tak payah urut la, urut 100 kali pun tak akan baik juga. Buat perabih duit aje.

Cervical nerve root compression 
Adakalanya, kesakitan di bahu adalah disebabkan saraf yang terperangkap di bahagian tengkuk. Ia menyebabkan kesakitan yang menjalar dari tengkuk ke bahu dan kadangkala ke tangan, bergantung kepada saraf mana yang terperangkap. Setiap saraf ada ujian tertentu dan kawasan tertentu untuk diperiksa (myotomes & dermatomes). Tidak semudah itu untuk menyalahkan urat dan angin ye…

Jika tidak dirawat, ini semua boleh membawa kepada Frozen Shoulder atau Adhesive capsulitis dimana sendi bahu menjadi keras & jem. Ia akan menyebabkan kesakitan bahu yang teramat sangat dan amat memerlukan kesabaran dan masa untuk dirawat.

Mesej berantai yang tersebar

Anda lihat, ini baru satu – sakit di bahagian bahu. Macamana la manusia cerdik ni boleh hasilkan “info berguna” yang amat mengelirukan ni.

Nasihat saya, jangan percaya whatsapp berantai sebegini. Usah sebarkan. Jika sakit, segera berjumpa doktor. Elakkan supplement & elakkkan produk-produk yang hanya ingin mengaut keuntungan atas nama ingin membantu pesakit-pesakit terdesak seperti anda.

Sumber- Mahyuddin Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat