Replika Masjidil Haram Paling Besar di Gua Musang Kelantan Unik – Daily Rakyat

Replika Masjidil Haram Paling Besar di Gua Musang Kelantan Unik


Gua Musang Kelantan bakal mempunyai masjid paling besar dan paling unik di negeri itu dengan pembinaan masjid mirip Masjidil Haram di Mekah.

Masjid menelan belanja RM23 juta ilham Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bakal menjadi mercu tanda dan tumpuan pelancung ke Kelantan.

Dibina atas tanah seluas 1.5 hektar ia mampu menampung hampir 5,000 jemaah.

Keunikkannya tertumpu kepada warna, jubin dan hiasan luar termasuk 9 menara mirip Masjidil Haram.

Ia termasuk ruang tengah dibina batu hitam empat segi yang akan mengalirkan air dari atas umpama Kaabah bagi memudahkan jemaah haji dan umrah berkursus sebelum ke Tanah Suci.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat